“Isteri Saya Tak Suka Barang Kemas, Tak Nak Pakai Satu Pun” – Aliff Syukri

Uncategorized

Lumrah seorang wanita mesti akan suka dengan perhiasan barang kemas. Ada juga wanita yang suka mengumpul barang kemas sehingga mencecah ribuan ringgit. Seperti yang kita tahu, mengumpul emas bukanlah satu perkara yang merugikan kerana ia antara satu pelaburan yang menguntungkan dalam jangka yang panjang.

Namun lain pula ceritanya dengan isteri kepada Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Shahida. Menurut Dato, isterinya kurang gemar memakai perhiasan emas. Walaupun Datin Shahida mampu membeli perhiasan emas, beliau kurang gemar untuk memakai perhiasan itu.

Jika kita melihat kebanyakan gambar Datin di akaun sosial medianya, jarang sekali kita melihat Datin memakai emas. Beliau juga kelihatan lebih lebih diri apabila tidak memakai perhiasan emas. Namun, Dato Aliff Syukri pula selalu membebel kerana isterinya tidak mahu memakai emas. Ada kalanya, dia ‘memaksa’ Datin memakai emas namun Datin tetap tidak mahu.

Baru-baru ini, Aliff telah berkongsikan posting terbaru di akaun Instagram miliknya. Menerusi video itu kelihatan pelakon veteran Ifa Rafiah dan usahawan Kak KM menunjukkan perhiasan emas yang dipakai oleh mereka. Besar dan banyak betul emas yang dipakai oleh mereka.

Datin Shahida yang turut berasa di dalam video itu kelihatan terkejut apabila Ifa Raziah dan Kak KM menyebutkan harga perhiasan emas yang dipakai. Namun jika dilihat dengan lebih terperinci, Datin Shahida kelihatan begitu manis berbaju kurung, nampak sangat ayu walaupun tidak memakai sebarang emas.

Leave a Reply

Your email address will not be published.