Kejut Anak Bangun Guna Speaker & Joget, Netizen Setuju Ini Cara Berkesan Kejut Sahur

Uncategorized

Pejam celik sudah masuk lima hari umat Islam menunaikan ibadah puasa. Setiap kali bulan Ramadan paling mencabar bagi ibu bapa adalah untuk mengejutkan anak-anak bangun sahur.

Namun, baru-baru ini tular video di aplikasi TikTok memaparkan seorang bapa menggunakan cara ‘luar biasa’ untuk kejutkan anaknya bangun sahur.

Mana tidaknya, si ayah memasang speaker besar dengan lagu yang kuat serta berjoget sambil menunggu anaknya bangun sahur.

Video

@adebonbon tidak bisa berkata kata 🙂👍🏼 #papa #dalimunthe #HyAminoBebasKilap #GoodTimeKitchen #sahur #2022 #mic #speaker #puncakkomedi ♬ middle of the night – &lt/3


Bukan itu saja, si ayah juga turut bercakap menggunakan mikrofon bagi memastikan anaknya bangun.

Apa yang pasti cara untuk mengejutkan bangun sahur itu berkesan sehinggakan si anak pasrah melihat aksi bapanya itu.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang terhibur dengan cara comel si ayah mengejutkan anaknya. Dalam pada itu, ada yang meninggalkan komen menghiburkan memberitahu dengar sahaja tapak kaki bapa mereka akan terus bangun.

Komen netizen

Sumber : gulapop

Leave a Reply

Your email address will not be published.