Kesihatan Ibu Mer0sot, Achey Tinggalkan Semua Kerja Terus Balik Kampung

Uncategorized

Achey, terpaksa bergegas pulang ke kampung halaman selepas sebaik sahaja menerima perkhabaran kesihatan ibu tercintanya, Ngaisah Hassan, yang tiba-tiba mer0sot.

Menerusi entri Instagram, penyanyi lagu Sakit itu ada memuat naik satu video yang memperlihat dia dalam perjalanan untuk pulang ke Segamat, Johor.

Foto: IG

Menurut Achey, dia terp4ksa menangguhkan segala tugasan di ibu kota dahulu apabila menerima perkhabaran tersebut.

“Kami tangguhkan dahulu kerja-kerja yang ada. Kesihatan mak mer0sot.

“Doakan mak saya @hajah_ngaisah baik-baik…. mak kuat. Insya-Allah,” coretnya ringkas.


Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, rata-rata warganet dan rakan artis turut menitipkan doa yang baik-baik buat ibunya.

“Semoga baik-baik dan dipermudahkan abang,” komen penyanyi Wanns Ahmad.

“Ya Allah, Kau berikanlah kesembuhan buat mak, Ya Allah. Buat Achey, hati-hati ya. Jangan putus doa buat mak,” komen juga pelakon Jozlynn.

“Amin. Saya doakan mak Achey sihat,” komen usahawan Aliff Syukri.

Sumber : CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *