“Anak Norman Hakim & Erra Fazira Digandingkan Bersama,” -Netizen Teruja & Minta Buat Filem Pasrah 2

Uncategorized

Satu perkongsian di Instagram milik pelakon kacak, Norman Hakim jadi tumpuan bila mana aktor tersebut memuatnaik foto yang cvri perhatian orang ramai di media sosialnya.

Hafsham Dan Farah Dibawa Bersua

Melihat di Instagram, baru-baru ini Norman dan isterinya Memey Suhaiza menjemput Erra Fazira berbuka puasa bersama keluarganya.

Mengabadikan momen bertemu rakan lama, Norman memuatnaik foto bergambar bersama Erra. Manakala anak lelakinya, Mohamed Danish Hakim bergambar bersama anak perempuan Erra, Engku Aleesya di Instagram sambil menulis kapsyen yang menarik perhatian ramai.

“Jangan swipe kalau tak nak tengok Hafsham dan Farah Diba dalam filem Pasrah masa remaja” tulisnya

Netizen Mahu Filem Pasrah Versi Anak

Melihat foto yang dikongsikan Norman di Instagram nya, rata-rata ramai yang memberi komen mahu filem Pasrah 2 dihasilkan tetapi versi lakonan anak Norman dan Erra.

“Tolong buat cerita Pasrah 2022”

“Hahaha boleh buat prequel ni bang”

“Boleh buat Pasrah 2 versi anak-anak pula, kan Hafsham dengan Farah Diba tak ada jodoh masa muda” ujar mereka

“Buat filem baru”

“Tapi boleh sambung balik ni #Pasrah2” komen mereka

Selain itu, ramai juga yang berseloroh dengan memberi komen anak kedua-dua pelakon terkenal ini sesuai dijadikan calon menantu.

Sekadar info, Norman Hakim dan Erra Fazira bukan saja pernah berlakon bersama dalam filem popular seperti Pasrah. Malah pernah digandingkan dalam filem Gila-Gila Pengantin, Gila-Gila Pengantin Popular, Gerak Khas, dan Gerak Khas The Movie.

Sumber :muraimy

Leave a Reply

Your email address will not be published.