“Kita ada Allah” – Ebit Lew Jumpa Adik Akid Viral, Terus Beli Barang Untuk Bina Rumah Baru

Uncategorized

Belum cukup 24 jam tular di media sosial tentang kisah adik Akid yang terpaksa tinggal dalam keadaan serba kekurangan apatah lagi rumah keluarganya hampir r0boh, penceramah bebas Ustaz Ebit Lew selamat tiba ke Kota Bharu.

Difahamkan Ustaz Ebit Lew segera bergerak selepas Subuh pagi tadi dari Subang sebaik saja kisah adik Akid itu mula mendapat perhatian orang ramai.

Ketibaannya itu telah dimuat naik sendiri oleh Ustaz Ebit Lew di media sosial miliknya iaitu di Instagram @ebitlew dan juga di akaun TikTok @ustazebitlew.

Video

@ustazebitlew Adik Akid jangan menangis lagi yer.Hari ini kita bina rumah baru #ebitlew#viral#fyp#ramadan#puasa ♬ suara asli – pisces,,85


Dari video yang dikongsikan itu, adik Akid terus mengalirkan air mata saat memeluk Ustaz Ebit Lew dan apabila ditanya kenapa men4ngis, ini jawabnya…

“Saya tak sangka ustaz datang rumah saya. Saya suka sangat dekat ustaz. Selalu tolong orang.” – Ujar Akid

“2 jam selesai beli dan bayar”

Dari kapsyen yang ditulis di Instagram, Ustaz Ebit Lew telah selesai membeli barang-barang yang diperlukan untuk membina rumah baru buat keluarga adik Akid sebaik saja lepas meninjau keadaan sekeliling.

Sementara itu, di bahagian komen, rata-rata berterima kasih dengan tindakan pantas dari Ustaz Ebit Lew itu dan tak kurang juga yang mendoakan agar semua urusan dipermudahkan untuk mereka.

Tiktok Full 2

Bukan itu saja, penceramah bebas ini juga dilihatkan sempat meluangkan masa bersama adik Akid dengan membelikan beberapa pasang baju Melayu sebagai persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Allahu… Baik betul hati Ebit Lew ni. Seb4k min tengok part adik Akid senyum bila dapat baju raya…

Sumber : lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *