Bakal Jadi Kakak, Gelagat Comel Maryam Cium Perut Buat Ramai Tumpang Gembira – “The Most Excited Sister!

Uncategorized

Pelakon dan usahawan, Fizo Omar memuat naik sepotong video pendek yang memaparkan momen mesra di antara Fazeera dan anaknya, Wan Maryam.

Menerusi video yang dikongsikan di Tik Tok itu, Maryam kelihatan teruja lalu mencium perut Fazeera yang kini sedang h4mil anak pertama.

“The most excited sister!,” tulis Fizo ringkas pada ruangan kapsyen lalu dihujani dengan pelbagai ucapan daripada peminat.

Rata-ratanya mendoakan yang baik-baik buat ibu dan anak yang bakal l4hir selain tumpang gembira melihat kebahagian mereka seisi keluarga.

Terdahulu pada hujung Februari lalu, Fazeera membuat pended4han mengenai keh4milan selepas hampir dua bulan mendirikan rumah tangga dalam laman sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by fizoomar (@fizoomar)

Menerusi satu perkongsian video berkenaan, Fazeera dilihat memberikan kejvtan alat ujian keh4milan bertanda dua atau membawa maksud positif kepada Fizo.

Fizo yang juga finalis Hero Remaja sezaman Kamal Adli mendirikan rumah tangga dengan bekas pramugari itu pada 21 Oktober, tahun lalu dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Sebelum itu, Fizo pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada 2013, namun, bercer4i pada Julai 2019.

Mereka dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam Wan Hafizol yang kini mencecah usia lima tahun.

Sumber : Mediahiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published.