MENGAKUI sedang berkawan rapat dengan Yasmin Hani, pelakon Alif Hadi berkata, hubungan mereka masih dalam fasa mengenali hati budi.
Alif, 34, berkata, dia enggan terburu-buru sebaliknya mahu mengambil hati dua orang cahaya mata pengacara itu dahulu sebelum mereka ke fasa percintaan.
View this post on Instagram
“Apa yang boleh saya katakan kami berkawan rapat dan berilah peluang untuk kami saling kenal dahulu.
“Mungkin antara kami tidak ada masalah untuk serius bersama, cuma perlu fikirkan anak-anak dia.
“Jadi sekarang ini saya perlu lebih serasi dengan dua orang anak Yasmin dahulu,” katanya ketika dihubungi mStar.
Yasmin bersama dua orang anaknya
Bercakap tentang permulaan hubungan mereka, kata Alif mereka pernah berlakon sama dan mula rapat sejak beberapa bulan lalu.
Alif juga tidak menolak jika Yasmin adalah jodoh yang sudah tertulis buatnya.
“Kami pernah berlakon sama dan sebelum ini sekadar bertegur seperti biasa sahaja. Baru sahaja rapat sejak beberapa bulan lalu.
Mungkin antara kami tidak ada masalah untuk serius bersama, cuma perlu fikirkan anak-anak dia
ALIF HADI
PELAKON
“Untuk melangkah ke fasa seterusnya saya tidak ada masalah jika Allah sudah tentukan ini adalah jodoh saya.
“Kita tak tahu apa akan jadi di masa akan datang. Jadi saya jalani sahaja dan lihat bagaimana kesudahannya nanti,” jelasnya.
View this post on Instagram
Untuk rekod, Yasmin pernah mendirikan rumah tangga dengan Sha’arin Mohamed Razali pada 2011 dan mengambil keputusan untuk bercer4i pada tahun lalu.
Mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Noah Ismail Wong, 9, dan Eissa Elzander Wong, 6.
Sumber : mStar