Tak Sengaja Masuk TV3, Amoi Cantik Disangka Kurang Sluman- “Sekarang ramai puji manis berbaju kebaya”

Uncategorized

BARU-BARU ini tular rakaman video memperlihatkan aksi seorang gadis Cina sedang sibuk menari di tempat umum mencvri tumpuan ramai.

Ia mula menjadi perbualan hangat netizen apabila gelagat gadis tersebut dirakam secara tidak sengaja dalam laporan Buletin Utama TV3.

Menurut gadis berkenaan dikenali sebagai Gigi Cheoh, 31, dia juga tidak menyangka video tersebut menjadi tular di media sosial.

“Reaksi pertama saya bila nampak video saya dalam berita TV3 memang terkejut sebab saya tak sangka.

“Saya rasa agak m4lu sebab nampak pelik dan macam orang gil4 menari seorang diri.

“Semua ni saya tak rancang pun tiba-tiba saja jadi viral,” katanya kepada mStar.

Gara-gara video viral itu, penyampai radio sambilan di sebuah stesen radio tempatan ini berkata jumlah pengikutnya di aplikasi TikTok bertambah.

“Pengikut saya bertambah puluhan ribu, memang terkejut sangat.

“Ada yang tanya tak nak jadi pelakon ke? Saya masih belum terfikir lagi mengenai perkara itu, tapi kalau ada peluang saya akan cuba,” ujarnya.

“Sayalah Tu…”- Identiti Gadis Menari TikTok Sampai Masuk Berita Kini Terjawab

Dengan kemunculan aplikasi TikTok, ramai yang cuba mencipta ‘content’ untuk menarik perhatian ramai.

Kadangkala, proses pembikinan ‘content’ media sosial adalah sangat memalukan lebih-lebih lagi video yang dibuat di kawasan awam.

Itulah yang terjadi kepada seorang gadis di mana kelibatnya menari di Kuala Lumpur berlatar belakang Bangunan Sultan Abdul Samad berjaya dirakam oleh TV3.

Video kelibat menari tersebut dikongsikan oleh pengguna TikTok lain yang dikenali sebagai @mamatgotnochill. Pengguna tersebut turut ‘membahan’ wanita yang secara tidak sengaja muncul di dalam berita televisyen itu dan menjadi tular di dalam media sosial tersebut.

Tidak lama selepas video tersebut tular,  seorang gadis berbangsa Cina dengan nama @gigicheoh di TikTok mengaku bahawa dia adalah individu yang tular itu dan tujuan video itu dicipta untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam.

Sumber: mstardotcomdotmy   via METRO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *