Ayah terpisah dengan ibu sejak 1998! Akhirnya Nur Anisah jumpa bapa untuk jadi wali!

Uncategorized

KEHADIRAN Ramadan hari ke-3 1443H menjadi detik sejarah yang tidak dapat dilupakan oleh seorang anak apabila buat pertama kali dapat mendengar suara daripada seorang bapa kandung selepas 23 tahun dilahirkan di dunia.

Ketika itu juga linangan air mata dengan perasaan sedlh, hib4 dan bercampur gembira apabila
dapat berbual mesra dengan bapa kandung melalui telefon selepas ditinggalkan
ketika masih kecil dan tidak mengenal dunia.

Nur Anisah berasa sedlh bercampur gembira menerima panggilan telefon kali pertama dari bapanya

Nur Anisah Abdullah, 23, dari Kampung Lak Lok, Jertih, Terengganu berkongsi detik terindah itu selepas berita mengenai pencarian ayahnya untuk menjadi wali pernikahan disiarkan dalam portal KotaReporters pada 4 April 2022.

Katanya, selepas dua hari berita tersebut terdampar melalui media sosial ayahnya, Rezuan Darus, 58, yang terbaca berita tersebut terus menghubungi Nur Anisah menerusi nombor telefon yang tertera dalam berita tersebut.

“Saya terkejut apabila suara seorang lelaki menelefon saya dan mengakui dirinya
adalah ayah kandung sendiri,” katanya.

Menurutnya, pada awalnya dia tidak yakin dengan suara tersebut adalah ayah kandung yang
dicarinya tetapi selepas perbualan tamat, ayahnya menghantar salinan kad
pengenalan
menerusi aplikasi WhatsApp dan mengesahkan pengenalan diri ayahnya.

Salinan kad pengenalan yang mengesahkan bapa kandung Nur Anisah

Bagaimanapun, disebabkan ketika ibunya, Siti Fatimah Husin, 55, mendaftar nama Nur Anisah ia
terpaksa menamakan Abdullah sebagai nama bapa kerana suaminya Rezuan sudah lama
berpisah.

Nur Anisah berkata, bapanya yang kini menetap di Sarawak menghubungi beliau pada hari
kedua selepas berita tersebut tersebar menerusi media mengenai usahanya mencari
ayah kandung untuk menjadi wali pernikahan.

“Alhamdulillah usahanya mencari ayah kandung sudah berjaya hasil penyiaran berita
KitaReporters
,” katanya.

Dia mengucapkan penghargaan terima kasih kepada KitaReporters kerana membantu
mempertemukan pencarian ayah selepas berpisah degan ibunya sejak 1998.

Mood gembira Nur Anisah selepas pencarian bapa kandungnya berjaya diketemukan

Menurut Nur Anisah, dia memerlukan ayahnya untuk kembali ke Terengganu buat seketika untuk menjadi wali pernikahan dengan bakal suami pilihanya yang dijadualkan berkahwin pada 5
Mei 2022.

Nur Anisah anak ketiga daripada tiga beradik  yang menjalin hubungan perkenalan dengan jejaka pilihan sudah membuat ikatan pertunangan dengan bakal suaminya pada tarikh bersejarah 2 Februari 2022 (2-2-22).

Sementara ibunya, Siti Fatimah turut berkongsi kegembiraan kerana bekas suaminya ada menghubungi beliau pada hari sama selepas menghubungi Nur Anisah.

“Bekas suaminya masih mengecam saya berdasarkan gambar yang dirakamkan bersama Nur Anisah yang juga  tersiar dalam KitaReporters,” katanya.

Sumber :KitaReporters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *