[VIDEO] “Mahal nama diorang ni!” – 3 Beradik Bernama Lamborghini, Ferrari & Celica Undang Perhatian Netizen

Uncategorized

Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak mereka termasuklah nama yang diberikan ketika mereka lahir. Kata orang, nama anak kan doa ibu bapa jadi mestilah nak yang membawa maksud baik.

Seorang wanita menjadi viral di TikTok selepas mended4hkan dia dan dua lagi adik-beradiknya mempunyai nama yang unik dan pasti akan buat orang terus terbayangkan jenama kenderaan mewah.

Menerusi akaun Tiktok @jineylaa, wanita yang mesra disapa Jini ini mended4hkan, nama penuhnya adalah Lamborghini Astried. Manakala, dua adik-beradiknya yang lain pula turut diberikan nama diinspirasikan daripada jenama kereta iaitu Celica Riska dan Ferrari Mikola.

Setakat artikel ini ditulis, video perkongsian Jini itu sudah meraih 2.2 juta tontonan. Rata-rata pengguna laman sosial ternyata kagum dan tak kurang juga ada yang sukar mempercayai pended4han Jini itu.

Jelas Jini, dia pada mulanya tidak menyangka video perkongsiannya itu akan viral kerana hanya memuatnaiknya kerana mahu berkongsi pengalaman pernah dibvli kerana bernama unik.

Video:

@jineylaa nama adalah doa dari orangtua ya kann😂🤍 #brothersister ♬ slipping through my fingers – Jen


Tambah Jini lagi, nama dia dan dua beradiknya itu diberikan ayah mereka yang sememangnya penggemar automotif. Apabila disoal mengenai maksud nama mereka pula, Jini berkata namanya memang tak mempunyai maksud lain selain daripada ia adalah nama kereta terkenal.

“Nama kan doa ibu bapa. Jadi bapak namakan kami begini supaya kami bisa berjaya macam pengasas kereta tu semua,” katanya.

Untuk pengetahuan, nama kakaknya, Celica itu adalah nama kenderaan rasmi yang pernah digunakan Toyota pada kejuaraan World Rally Championship (WRC) dari tahun 1972 hingga 1986. Manakala nama abangnya dan dirinya pula adalah nama kenderaan sport dikenali ramai dari Itali.

Komen Netizen:

Sumber : https://lobakmerah.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *