“Berjaya Menawan Hati Mummy”- Ini 5 Fakta Menarik Sufian Che Isa Yang Ramai Tak Tahu

Uncategorized

SELEPAS 15 tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi Mas Idayu berkongsi berita gembira bakal bernikah dengan penerbit eksekutif TV3, Sufian Che Isa pada September akan datang.

Menurut Mas Idayu atau nama sebenarnya Masidayu Mesnun, 50, dia sendiri tidak menyangka doanya sejak dua tahun lalu agar kembali bertemu jodoh dimakbulkan Allah.

“Selepas 15 tahun hidup sendiri, saya sendiri tidak sangka akan melalui fasa perkahwinan sekali lagi.

“Sejak dua tahun kebelakangan ini saya selalu berdoa agar dipertemukan jodoh yang baik dan syukur ia menjadi kenyataan,” katanya.

Berkongsi tentang pertemuan dengan Sufian, Mas Idayu berkata, perkenalan mereka berdua bermula sejak sama-sama terlibat dalam program Mentor pada tahun 2008.

Kemudian mereka sekali lagi dipertemukan ketika terlibat dalam program Lagu Cinta Kita (LCK) tahun lalu.

“Siapa sangka jodoh saya dalam kalangan orang yang selalu bekerjasama. Inilah yang dikatakan jodoh.

“Bermula dari usikan rakan-rakan yang sama-sama terlibat dalam program LCK tahun lalu, membawa kepada hubungan yang lebih serius,” ceritanya.

Meluahkan rasa gembira, Mas Idayu turut bersyukur kerana dipertemukan dengan seorang lelaki yang yang boleh menjaga dirinya.

Dia juga memberitahu anaknya, Nur Dayini yang mengaturkan pertemuan antara dia dengan Sufian sebelum ini.

“Memanglah gembira kerana dipertemukan dengan seorang lelaki yang boleh menjaga saya dan anak selepas ini.

“Sufian sudah bertemu dengan keluarga saya dan sebenarnya anak saya sendiri yang mengaturkan pertemuan kami sebelum ini,” ujarnya.

Penyanyi lagu Selangit ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada tahun 1997 namun bercerai pada 2006.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Dayini Ashiqa yang kini berusia 25 tahun.

Berikut sedikit fakta menarik bakal suami Mas Idayu (Sufian Che Isa)

1.Seorang penerbit eksekutif TV3

2.Berkenalan dengan mas idayu sewaktu terlibat dalam program Mentor pada tahun 2008.

3.Hubungan menjadi serius ketika program Lagu Cinta Kita (LCK) tahun lalu.

4.Sufian Che Isa juga dikhabarkan pernah menjadi suami orang dan tetapi telah bercerai dan kini dia berstatus duda.

5.Anak Mas Idayu sendiri yang mengaturkan pertemuan mereka berdua

Sumber: Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *