“Jaga Maruah Pasangan, Kalau Suami Menlpu Tak Perlu Sebar Satu Dunia,”-Lisdawati

Uncategorized

Pelakon Lisdawati berpendapat sudah menjadi tanggungjawab para suami untuk sentiasa mempertahankan serta melindungi isteri masing-masing.

Sudah lebih 15 tahun mendirikan rumah tangga bersama pelakon Fauzi Nawawi, Lisdawati berkata setiap pasangan juga harus saling mempercayai antara satu sama lain.

Foto: IG

“Bagi saya, memang sudah seharusnya lah apa lagi kalau kita masih sayangkan pasangan terutamanya. Apa yang paling penting adalah kita antara pasangan harus saling mempercayai satu sama lain dan tidak boleh dengar cakap orang ketiga.

“Sebab yang tidur sebantal, sebilik adalah kita suami isteri bukan mak ayah kita dan bukan sesiapa walau apa pun keadaan yang terjadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15)


“Contoh kita tahu yang dia menipv tapi adakah perlu kita nak sebarkan satu dunia? Tidak kan?,” katanya.

Kata lagi isteri kepada pelakon Fauzi Nawawi ini tidak men4fikan berlakunya perselisihan faham antara suami isteri sudah menjadi asam garam dalam berumah tangga.

Lisda menambah, para isteri juga harus memainkan peranan untuk sentiasa menjaga maruah pasangan dan setiap masalah rumah tangga yang berlaku perlu diselesaikan antara suami isteri sahaja.

“Maka berbincanglah di dalam bilik dan kita kena buat yang terbaik untuk pasangan kita.

“Kita kena ingat kalau bukan sekarang kita menjaga pasangan kita, bagaimana kita nak melayari bahtera perkahwinan untuk lebih lama lagi.

“Apa sahaja masalah yang timbul belajar lah untuk berbincang di dalam bilik, tertutup hanya antara suami isteri tanpa campur tangan orang luar,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15)


Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin berkata demikian secara bagi memberikan pendapat menerusi program bual bicara Wanita Hari Ini, TV3, pada Jumaat lalu.

Sekadar informasi, Lisda dan Fauzi berkahwin pada 9 September 2007 dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Sementara itu, Fauzi sebelum ini turut dikurniakan empat orang anak menerusi perkahwinan terdahulu.

Sumber: Media Hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *