Reaksi Lee Zii Jia Jadi Tumpuan Lepas Wanita Tolak Cara Baik Untuk Bersentuhan Tangan Dengannya

Uncategorized

Kalau kita bercakap pasal Lee Zii Jia, tak dapat dinafikan pemain badminton perseorangan lelaki ini sedang melonjak naik dalam dunia sukan malah ramai yang mengganggap dirinya seperti selebriti di Malaysia.

Pada 9 April lepas, Lee Zii Jia telah mengadakan sesi Meet & Greet anjuran Oppo di The Gardens Mall. Memang ramai betul peminat dia yang datang! Sampai ada yang kata macam fan meeting oppa-oppa dah!

Dalam ramai peminat yang hadir memeriahkan sesi Meet & Greet bersama pemain berusia 24 tahun itu, Lee Zii Jia dilihatkan tenang mengawal keadaan dan memastikan setiap soalan dapat dijawab satu per satu.

“Respect kat akak ni!”

Ketika sesi itu berlangsung, peminat-peminat juga berpeluang untuk mengajukan soalan dan berada dekat dengan Lee Zii Jia. Namun, tindakan wanita dalam video di bawah ini mendapat perhatian orang ramai…

Tindakan wanita ini yang menolak ‘fist bump’ dari Lee Zii Jia dengan cara baik mendapat pujian ramai kerana menyifatkan dirinya tahu batas dalam pergaulan walaupun bersama dengan ahli sukan yang terkenal.

“Comel je lah dia ni!”

Bukan itu saja, reaksi Lee Zii Jia selepas kena ‘reject’ dengan wanita itu juga menjadi tumpuan pengunjung di sana dan juga di media sosial selepas video tersebut tular.

Reaksi comel Lee Zii Jia yang bersahaja meletakkan tangannya di dada seolah-olah betul kena ‘reject’ menyebabkan ramai yang beranggapan dirinya juga menghorm4ti keputusan wanita itu dengan baik.

Komen Netizen:

Tak berhenti di situ, di hujung video ini juga kelihatan Lee Zii Jia segera bangun menuju ke bahagian peminat-peminatnya di depan dan terus ‘fist bump’ dengan orang lain sebagai ganti. Pandai juga bergurau eh Zii Jia!

Memang lain macam lah penangan Lee Zii Jia ni… Haritu dah lah berebut IU dengan Wooi Yik!

Sumber : https://lobakmerah.com/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *