Tak Perlu Letak ‘Harga TeI AVlV’, Pemuda Kelantan Ini Buktikan Juadahnya Juga Setaraf Cef Timur Tengah

Uncategorized

Baru sahaja selesai seminggu berpuasa tahun ini, tapi dah bermacam-macam kisah mengenai bazar Ramadan yang kita dengar.

Antara kisah yang paling ‘top’ ialah mengenai harga juadah berbuka yang dikatakan meningkat tinggi dan kini menjadi terlalu mahal hingga orang ramai sering melabelkannya sebagai ‘harga Y4hudi’, ‘Isr4el’, ‘T3l Av!v’, ‘Will Smith’ dan sebagainya.

Seorang cef terkemuka yang berasal dari negara Timur Tengah turut menerima kritikan kerana harga Nasi Arab yang dijualnya dikatakan terlalu melampau serta tidak kena dengan tempatnya yang hanya berniaga di bazar Ramadan.

Beliau yang tampil memberi penjelasan melalui sebuah video walau bagaimanapun mengundang kemarahan orang ramai apabila dilihat sempat mengkr1tik bangsa Mel4yu.

Hanisya Abdul Hamid melalui Facebooknya telah membuat hantaran yang menyatakan rasa kes4l dengan sikap cef tersebut:

“Berilah penjelasan mengapa harga Nasi Arab masakan kamu harganya mahal. Jangan kaitkan b4ngsa Mel4yu pula. Nanti orang Mel4yu s4kit juga hatinya.

Sama ada bulan Ramadan atau hari-hari biasa.. hampir 100% pelanggan kamu ialah orang-orang Mel4yu,” jelas beliau.

Seorang pemuda dari Kelantan turut bangkit mengambil kesempatan untuk mempromosikan makanan yang dijualnya dengan mend4kwa orang Mel4yu juga hebat dan mampu menghasilkan juadah setaraf dengan apa yang did4kwa cef tersebut.

Berikut merupakan hantaran yang dibuat oleh Mohd Afiq Muhamad di Facebooknya:

1 Hyderabad Dum Beriani

Ada satu video baru yang sedang berlegar di media sosial tentang seorang cef terkenal dari Timur Tengah yang mempunyai perniagaan restoran yang popular di Kuala Lumpur, beliau mengatakan tiada orang Mel4yu yang boleh berniaga menu macam beliau di Malaysia.

Ada ni, Mel4yu Jati Kampung Jelawat, Bachok, Kelantan Darul Naim, Malaysia, tahun ketiga dah ni jual menu ni, walaupun tidak sepopular dan tidak sebanyak kuantiti yang dijual beliau tapi ada.

Bahan-bahan pun kita guna bahan premium dan berkualiti, Saffron dari gred terbaik, Ghee Brand Enrico’s/QBB, Beras Pusa Cream 1121 Gred A, Rempah Beriani diimport dari Pakistan.

Lokasi: Restoran Nasi Kandar Mel4yu N Iman, Tanjung Chat, Kota Bharu, Kelantan.

Walaupun Mohd Afiq tidak mempertik4ikan faktor lokasi mungkin menyebabkan harga di Lembah Klang agak tinggi, namun di ruangan komen, beliau sempat mengiklankan harga hidangannya tersebut untuk dibuat perbandingan tahap ‘Y4hudi’nya:

HYDERABAD DUM BERIANI

Beriani + Lamb Shank + Telur Saffron – RM39.00

Beriani + Ayam + Telur Saffron – RM13.00

Makluman: untuk menu Beriani Lamb Shank perlu order sehari awal ya.

Sumber & kredit foto: Facebook Mohd Afiq Muhamad, Facebook Hanisya Abdul Hamid

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *