Anak dah 7 tapi pinggang masih macam kerengga… Wanita akui tak serik ber4nak

Uncategorized

SESETENGAH pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga pastinya akan merancang untuk memiliki zuri4t dalam jumlah tertentu.

Selain menjadi pengikat kasih antara suami isteri serta penyambung keturunan, kehadiran cahaya mata dikatakan pembawa rezeki buat keluarga.

Demikian juga yang terjadi kepada pasangan Akma Abdullah, 32, dan suaminya, Muhamad Izzhar, 34, yang pernah merancang di awal usia perkahwinan mereka untuk menghadkan seramai empat orang cahaya mata sahaja.

Namun selepas lebih 16 tahun melayari bahtera rumah tangga, siapa sangka pasangan yang menetap di Semanggol, Perak ini sudah dikurniakan seramai tujuh orang cahaya mata.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)


“Saya mula kenal suami seawal usia 12 tahun, masa tu kami seperti kanak-kanak lain sedang bermain di padang. Dia tengah main bola sepak tapi secara tiba-tiba bola terkena saya.

“Daripada situlah bibit kami mula kenal dan jadi lebih serius sampai umur 15 tahun. Kami bercinta dalam tempoh tu, kemudiannya dia ambil keputusan untuk berkahwin.

“Jadinya saya pun kahwin masa umur 16 tahun. Tahun ni dah masuk tahun ke 16 kami bersama. Awal-awal dulu suami target nak ada empat orang anak je iaitu dua lelaki dan dua perempuan.

8A4597EE-D7B4-45E1-B1CE-B6F3B6E79243

Pasangan ini sudah berumah tangga lebih 16 tahun.

“Tapi saya pula nak anak ramai. Saya tak serik ber4nak sebab tu anak dah jadi tujuh orang sekarang,” jelasnya ketika dihubungi mStar.

Bagaimanapun ujar Akma, dia reda apabila anak ketiganya meningg4l dunia sewaktu kecil.

Bercerita lanjut tentang hal itu, keinginannya untuk memiliki ramai anak didorong sifat suami yang merupakan seorang nelayan cukup ‘ringan tulang’ dalam membantu menguruskan hal rumah tangga.

Saya nak anak ramai, tak serik ber4nak sebab tu anak dah jadi tujuh orang sekarang.

AKMA ABDULLAH

“Sejak awal perkahwinan lagi suami memang rajin membantu uruskan anak-anak dan rumah.

“Dia selalu bantu mandikan anak, tukar lampin anak, memasak, mengemas rumah, uruskan anak dan selalu berjaga waktu malam kalau anak menangis.

“Daripada anak ketiga saya berpantang di rumah sendiri, semua suami yang uruskan semua,” katanya.

6EB9BDCE-FD6E-469D-8B59-511420B20A51

Wanita ini bersyukur dikurniakan suami yang rajin membantunya dalam menguruskan rumah tangga.

Namun ujar wanita yang berasal dari Semanggol, Perak ini, kini dia sudah berasa serik selepas pengalaman mel4hirkan anak ketujuh secara pembed4han.

Disebabkan pengalaman perit itu, wanita ini meminta untuk ‘diikat’ per4nakannya tetapi doktor tidak sarankan dengan alasan dia masih muda.

“Masa mengandung anak ketujuh, saya ada mas4lah uri berada di bahagian bawah perut, jadi terpaksa cz3r. Selepas bincang dengan suami dia izinkan saya ikat per4nakan.

“Tapi apabila cakap dekat doktor, dia kata saya masih muda jadinya tak jadi nak ikat dan suami pun okey.

“Sebab pengalaman cz3r tu, saya memang serik nak tambah anak lagi tapi kalau ada rezeki kami terima saja. Kami anggap tu semua rezeki Allah nak bagi dekat kami cuma saya risau ris1ko nak ber4nak nanti pula,” ujar Akma.

b4f2c58e-93af-4335-b7a4-92036332f5ee

Akma turut berkongsi tip bagaimana dia menjaga penampilan diri.

Berikutan video yang dimuat naik mengikut trend di TikTok menjadi tular, wanita yang memiliki perniagaan menjual makanan tambahan ini menerima banyak pujian daripada netizen.

Meskipun sudah ber4nak ramai, rata-rata warganet tetap memuji wanita berkenaan kerana pandai menjaga penampilannya sehinggakan disangka kakak kepada anak-anak sendiri.

“Berkenaan penampilan tu, sejak kecil saya suka jaga kecantikan sebab ikut mak. Kalau bab tip maintain kurus, saya memang jaga daripada awal. Saya tak akan biar berat naik terlalu banyak sebab apabila dah naik banyak nanti susah dan ambil masa nak turun.

“Cuma sebab banyak kali meng4ndung ada juga la berat naik dan buncit, jadi saya akan kawal portion makan. Selain tu memang ada ambil makanan untuk kecantikan, kesihatan dan membantu untuk maintain berat.

“Tapi apa-apa pun, semuanya bermula dengan suami saya. Apa yang saya capai atau dapat ni sebab suami yang selalu support dan tak pernah langsung berkira dengan saya,” katanya penuh dengan kesyukuran.

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.