Tamat Zaman Solo, Ini Antara Artis & Selebriti Malaysia Yang Berkahwin Pada Tahun 2022

Uncategorized

Jom kita selongkar antara selebriti tanah air yang mendirikan rumah tangga sepanjang tahhun 2022.

1. Heliza Helmi & Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman


Penyanyi yang juga akt1vis kem4nusiaan, Heliza Helmi, 36, kini bergelar isteri ahli perniagaan dipercayai jutawan, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, jam 11.11 pagi januari 2022.

Heliza sah menjadi isteri Mahadi dengan sekali lafaz menerima mas kahwin berupa sebentuk cincin dan senaskhah al-Quran.

2. Azzam Shah & Sheryl Shazwanie
Muhammad Azzammuddin bin Lop Hisham atau lebih dikenali sebagai Azzam Sham telah selamat di ijab kabul bersama penyanyi Sheryl Shazwanie Binti Shamsulbahri di Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan pada awal pagi semalam. Azzam menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 bersama dulang cek hantaran, cincin, dan gelang buat Sheryl.

3. Syura Badron & Muhd Farizat Ismail
Kuala Lumpur: Penyanyi, Syura Badron, 36, mengakhiri status ibu tungg4l sejak sembilan tahun lalu apabila melangsungkan pernikahan dengan jejaka pilihannya. Berita pernikahan Syura yang berlangsung di Masjid As Salam, Puchong, jam 12.30 tengah hari.

4. Usop Mentor & Nur Fatihah

Penyanyi Usop Mentor, 24, sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Nur Fatihah Md Hashim, 25, dalam majlis pernikahan di Pejabat Agama Daerah Butterworth, Kompleks Darul Hidayah, Permatang Tok Gelam, Pulau Pinang, jam 10 pagi, 4 Feb.

Pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Butterworth, Pulau Pinang, Ustaz Harun Idris bersaksikan bapa Nur Fatihah, Md Hashim Nordin dan bapa Usop iaitu Muhammad Noor Ismail.

5. Zulin Aziz & Farhan Norzaini
Zulin temui cinta sejati.. Tahniah dan selamat pengantin baharu Zulin & Farhan Norzaini.
Pasangan ini diijabkabulkan di Masjid Negara, sekitar jam 9.20 pagi Ahad, 20.02.2022

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *