Lari Dari Bayar Hutang RM720 Ribu- Bekas Isteri Fizo Omar, Mawar Karim Berdepan Risiko B4nkrap!

Uncategorized

Mawar Karim bakal b4nkrap gara-gara lngkar perjanjian dan tidak membayar wang pinjaman berjumlah RM720,000 daripada seorang sahabat.

Menurut mStar Online, bekas isteri Fizo Omar itu hutang dengan Nabil Mat Jahya bagi tujuan modal memulakan perniagaan.

Mengikut perjanjian bertulis antara kedua-duanya, Mawar dikehendaki membayar pinjaman itu secara ansuran atau jumlah penuh dalam tempoh tujuh bulan bermula tarikh pinjaman iaitu pada 7 Jun 2021.

Menurut peguam yang mewakili Nabil iaitu Nik Zarith dari firma Mohd Ashraf Nik Zarith & Co, selepas lebih 10 bulan, bekas isteri kepada pelakon Fizo Omar itu g4gal untuk melangsaikan hutangnya.

Satu notis tuntuan dah dihantar namun tiada jawapan.

“Pihak mahkamah telah pun mengeluarkan penghakiman ingk4r kehadiran kerana tiada sebarang respons yang diterima daripada pihak defendan (Mawar).

“Mawar dikehendaki membayar semula wang yang telah dipinjam dan kami juga akan teruskan dengan proses garnisan iaitu tuntutan pembayaran semula dari akaun bank miliknya.

“Jika jumlah masih tidak mencukupi, permohonan untuk pengisytiharaan b4nkrup boleh dilakukan atau jualan lelong harta milik Mawar,” kata Zarith kepada mStar.

Zarith menambah anak guamnya tidak menerima sebarang maklum balas daripada pihak Mawar sehingga hari ini dan kali terakhir mereka berhubung adalah sekitar Oktober tahun lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mawar Karim (@mawar_karim)


“Sebelum tindakan undang-undang diambil, anak guam cuba menghubungi Mawar beberapa kali namun tiada sebarang maklum balas.

“Dia boleh menjawab secara terus atau melalui lantikan peguam memandangkan kes ini sudah menjadi kes mahkamah.”

Sumber : CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *