“Pergi di bulan mulia, semasa solat..” -Pesara tentera meningg4l semasa solat Isyak berjemaah

Uncategorized

KUALA SELANGOR: Seorang pesara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Yusri Taib, 51, meningg4l dunia semasa solat Isyak berjemaah di Masjid An-Nur (MAN), Saujana Utama, Sungai Buloh, dekat sini malam tadi.

Beliau yang berasal dari Melaka sebelum itu rebah dalam rakaat pertama solat Isyak sebelum disahkan meningg4l dunia oleh kumpulan paramedik dari Hospital Sungai Buloh.

Abang Allahyarham, Mat Isa Taib, 56, berkata, adiknya bersara daripada TUDM kira-kira sembilan tahun lalu dan menjalankan perniagaan menjahit kusyen dan bantal yang diusahakan bersama isterinya.

Sepanjang pengetahuannya, kata beliau, Allahyarham yang tinggal di Saujana Perdana, dekat sini juga sihat dan tidak ada sebarang peny4kit.

“Allahyarham mempunyai empat anak berusia antara 16 hingga 23 tahun. Anak sulungnya baru sahaja bekerja selepas menamatkan pengajian,” katanya di sini, hari ini.

Jenazah Allahyarham akan dimandikan di MAN pada kita-kira pukul 8.30 pagi ini dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cerakah pada pukul 11 pagi.

Pemergian jemaah yang sungguh dicembvrui iaitu ketika solat Isyak pada bulan Ramadan itu turut mendapat perhatian pendakwah, Pahrol Mohamad Juoi yang turut berjemaah di MAN ketika kejadian.

Dalam ciapan di Facebook, beliau berkata, ketika imam membaca surah pertama solat Isyak malam tadi, tiba-tiba kedengaran seorang di belakangnya reb4h dengan bunyi suara yang agak kuat ‘Allah’.

Usai solat, beberapa orang menerpa untuk memberi pertolongan cem4s selain jemaah lain memberi ruang bagi proses pengudaraan yang baik serta mendoakan kebaikan untuk beliau.

“Beliau tidak sedarkan diri. Usai solat tarawih diikuti solat witir, dimaklumkan yang jemaah tersebut telah meningg4l dunia.

“Saya terpegun. Sayu. Sedlh. Begitu cepat dan tiba-tiba Izrail menjemputnya pulang. Dan alangkah indah kem4tiannya…di rumah Allah pada malam Ramadan yang berkah, sedang solat serta sempat mengucapkan nama Allah…Cembvru,” ciapnya.

Sumber : utusan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *