“Ni ke matlamat puasa?” -Orang Ramai Tak Hirau Hujan Lebat, Sanggup Beratur Demi Rasa Air Tangan Chef Ammar

Uncategorized

Sejak kebelakangan ini, pelbagai kontr0versi melanda tukang masak terkenal dari P4l3st1n, Chef Ammar namun, siapa sangka perkara itu membuat perniagaan semakin maju.

Bukan itu sahaja, orang ramai sanggup beratur lama demi merasa air tangan chef tersebut meskipun terp4ksa datang lebih awal ke bazar Ramadan di Shah Alam itu.

Sanggup beratur dalam hujan.

Hari ini, tular pula orang ramai s4nggup berhujan demi mendapatkan hidangan terkenal dari Chef Ammar meskipun harga makanan tersebut menjadi perbualan baru-baru ini.

Menerusi satu video dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Muhammad FariDz memaparkan orang ramai berteduh bawah payung ketika hujan lebat.

Video

Difahamkan, mereka semua sedang beratur menunggu giliran di gerai Chef Ammar malah tidak mengalah walaupun sedang turun hujan.

Pukul 4 dah tak dapat.

Dalam video lain yang dimuat naik pengguna TikTok dikenali sebagai Adnan Aladin pula memaklumkan dia beratur seawal tiga petang malah tetap bert4han meskipun terpaksa berbaris di dalam hujan lebat.

Dalam video tersebut juga memaparkan Chef Ammar sedang menuju ke gerainya selain selain sedang membungkus makanan buat para pelanggannya.

Bukan itu sahaja, Adnan Aladin juga memaklumkan mereka yang beratur pada pukul 4 berkemungkinan tidak dapat makanan.

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang ditinggalkan oleh warganet berhubung perkongsian tersebut. Malah mereka turut mengakui bahawa kalau sudah tertulis rezeki seseorang tidak kira hujan panas pasti akan sampai ke pemiliknya.

Rezeki penjual

Ni ke matlamat puasa?

Orang lain beratur orang lain panas

Inilah namanya rezeki

Sumber : redaksi

Leave a Reply

Your email address will not be published.