Shuib M4rah Peminat Ajak Makan Nasi Masa Tengahari, Sekali Ada Yang Tak Kena Pula Dalam Video Shuib

Uncategorized

Kuala Lumpur – Ramadhan adalah bulan yang mulia. Segala ibadah di dalamnya mengarah kepada memperkukuhkan ikatan hamba dengan Tuhannya dan memperbaiki hubungan sesama manusia.

Halangan utama yang kita hadapi ialah penguasaan hawa n4fsu terhadap diri kita selama sebelas bulan yang lalu cuba kita gilirkan dengan kita pula yang mengawal hawa n.afsu untuk kali ini di dalam bulan Ramadhan yang mulia ini.

Jika ia berhasil, akan lahir watak hamba yang paling unggul iaitu hamba Allah yang paling taat kepada Tuhannya dan manusia yang berkasih sayang, saling menghormati sesama manusia.

Shuib Minta Hormat Bulan Ramadhan Tapi Orang Ramai Perasan Lain

Sebut sahaja nama Shuib pastinya ramai akan teringat lawaknya ketika bersama kumpulan Sepahtu. Asalnya adalah seorang pelawak, sehingga kini perangai yang suka menghiburkan orang ramai masih sebati di dalam dirinya.

Terbaharu satu video Shuib m.arah suruh hormat bulan puasa apabila ada yang minta dia membuktikan dirinya orang kampung buat ramai terhibur.

Dalam rakaman tersebut Shuib meluahkan dia tidak berpuas hati dengan permintaan warganet yang menyuruhnya untuk makan nasi di tengahari di bulan puasa.

Geram dengan permintaan tersebut, dia meminta supaya hormati bulan yang mulia ini. Namun apa yang membuatkan ramai tertawa apabila di muka Shuib sendiri ada sebutir nasi dibibirnya.

Berikut adalah perkongsian video Shuib m4rah suruh hormat bulan puasa yang telah menc.uri perhatian warganet ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)


Apa-apa pun perkongsian rakaman yang memaparkan Shuib bergurau ini telah dimuat naik menerusi akaun TikTok selebriti sendiri ini telah meraih lebih sejuta tontonan dan 100 ribu likes.

Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian rakaman ini di ruangan komen.

Antara Reaksi Orang Ramai

“Allah, Bestnya Vibe Macam Ni…,” – Netizen Teruja Tengok, Shuib Bawa Anak-Anak Rasai Suasana Berpuasa Di Kampung

Terdahulu Pelawak dan usahawan, Shuib membawa anak-anaknya pulang menyambut kedatangan Ramadan di Kampung Parit Amin, Bagan Serai, Perak bagi merasai sendiri suasana berpuasa di kampung.

Kepulangannya ke kampung halaman itu turut disertai ibu tercinta selain empat orang permata hatinya, Uwais Alqarni, Dzakira Talita Zahra, Ariq Martin dan Ayash Affan.

Menerusi muat naik di Instagram, Shuib atau nama sebenarnya, Shamira Muhamad, 38, berkongsi foto rumah kampung tempatnya membesar.

“Selamat pulang Shuib,” katanya dalam Insta Story sambil menunjukkan suasana kehijauan yang melatari kampung halamannya.

Selain itu, pelawak dari kumpulan Sepahtu itu juga berkongsi gambar dia dan anak-anak menikmati juadah berbuka puasa dengan makan di bawah sambil duduk bersila.

Meninjau di ruangan komen, peminat Shuib pun tidak ketinggalan berasa teruja dengan perkongsiannya malah turut merindui suasana berpuasa di kampung yang sudah lama ditinggalkan sejak merantau ke ibu kota.

“Seronok suasana kampung dulu-dulu, zaman tiada gajet. Bulan puasa yang paling meriah ada moreh, solat tarawih ramai-ramai.

“Allah, bestnya vibe macam ni serius best sangat.

“Inilah nikmat sebenar berbuka puasa yang kian hilang. Makan kat bawah, makan apa ada je, ya Allah rindu sangat. Nikmat!!!”

“Bestnya… sukalah suasana macam ni”.

“Elok je budak-budak tu, tak kekok,” komen peminat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Sumber : online malaya, media hiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *