“Nak Makan Tapi Ngantuk, Nak Tidur Tapi Lapar,” -Netizen Terhibur Melihat Telatah Anak Emma Maembong

Uncategorized

Seperti yang semua ketahui, anak kepada pelakon popular iaitu Emma Maembong memiliki wajah kacukan dan berkulit putih gebu. Walaupun masih kecil, Shariq Arshan Gabriel  mempunyai hampir 300 ribu followers di akaun media sosial miliknya.


Baru-baru ini, satu video telah dikongsikan menerusi akaun Instagram Gabriel yang memaparkan gelagat Shariq ketika berada di dalam kereta. Menerusi video itu, kelihatan anak Emma sedang duduk di atas ribaan pengasuhnya, ketika itu Gabriel memejam matanya beberapa dan nampak begitu mengantuk sekali.

Menerusi ruangan kapsyen, Emma telah menulis semasa mahu berbuka puasa lah Gabriel mengantuk namun masih ingin makan. Walaupun berat untuk membuka mata, Gabriel masih mampu untuk menyuap kurma ke mulutnya. Comel betul Gabriel.

Siapa yang pernah menghadapi situasi ini? Kadang-kala nafsu untuk makan itu membuak-buak, walaupun sudah mengantuk dan mamai, kita masih mampu untuk makan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat terhibur melihat gelagat Gabriel yang begitu comel.

 

Sumber : CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *