“Kalau Orang Tak Suka, Beribu AIasan Dia Boleh Bagi” – Apa Maksud Jep Sepahtu?

Uncategorized

Siapa yang tidak kenal dengan pelawak terkenal Malaysia iaitu Jep Sepahtu. Setiap kali melihat Jep beraksi di atas pentas, pasti akan membuatkan kita semua tidak kering gusi menahan tawa lagi-lagi dengan lawaknya yang ‘selamba’.

Walaupun Jep dikenali sebagai seorang pelawak, banyak nasihat mendalam yang disampaikan pelawak ini menerusi media sosial.

Ramai peminat dan netizen mengatakan bahawa kata-kata nasihat Jep selalunya boleh dikaitkan dengan situasi kehidupan mereka.

Baru-baru ini, seorang pengguna Tiktok, Razii memuat naik satu video di TikTok menunjukkan Jep sedang beraksi di pentas.

Video

@raziii___ Orang kalau tak suka seribu alasan boleh bagi:( #fyp #sad ♬ semangat ngontennya – You+Me?


Menerusi video itu, kelihatan Jep berkata, “apabila orang dah tak suka, seribu alasan pun dia boleh berikan”.

Tambah Jep, sebagai manusia yang baik, kita jangan sesekali meletakkan hati orang yang sayangkan kita ‘di bawah’ kerana ia pernah berada ‘di atas’.

Memang mendalam sungguh kata-kata dari pelawak ini! Untuk pengetahuan pembaca, sejak video ini dimuat naik, ia meraih 1.1 juta tontonan.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan bahawa mereka boleh mengaitkan apa yang dikatakan Jep dengan kehidupan seharian mereka.

Ada juga yang mengatakan bahawa mereka sudah penat disakiti oleh orang tersayang.

Sumber : CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *