“Ni Seni Berat Namanya”- Lukisan Unik Yang Dibeli Sultan Selangor Jadi Tumpuan Netizen

Uncategorized

Tular di media sosial milik Selangor Royal Official di mana Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, di mana Instagram rasmi milik keluarga kerabat diraja Selangor itu memuatnaik foto sebuah karya seni yang cukup unik dan penuh dengan mesej tersirat.

Lukisan ‘Parlimen’ Tarik Perhatian Sultan Selangor

Memetik dari Instagram Selangor Royal Official, Sultan Selangor berkenan untuk membeli lukisan yang menggambarkan suasana parlimen itu sebaik saja baginda melihat karya seni tersebut.

Gambaran dalam dewan parlimen yang memperlihatkan haiwan seperti ker4, m0nyet, orang ut4n dan katak sebagai ahli dewan menarik perhatian baginda. Dimaklumkan lukisan tersebut digantung di dalam bilik belajar peribadi milik baginda.

via (IG) Selangor Royal Official

“Sebuah hasil karya seni lukisan telah menarik perhatian DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Sebaik melihatnya, Baginda berkenan untuk membeli karya lukisan itu dan menggantungnya di ‘private study room’ Baginda.”

via (IG) Selangor Royal Official
via (IG) Selangor Royal Official

Bukan itu saja, dimaklumkan Sultan Sharafuddin berhasrat melelong lukisan tersebut suatu hari nanti dan hasil lelongan akan disumbangkan bagi tujuan kebajikan.

“Satu hari nanti, Baginda berhasrat untuk melelong lukisan ini dan hasil lelongannya akan disumbangkan untuk tujuan kebajikan.”

via (IG) Selangor Royal Official
via (IG) Selangor Royal Official

Netizen Banjiri Ruangan Komen

Melihat muatnaik di Instagram rasmi keluarga diraja Selangor itu, ramai pengguna media sosial membanjiri ruangan komen dengan menitipkan ucapan dan komen-komen berkaitan lukisan gambaran parlimen yang dibeli baginda.

“Daulat Tuanku.. Junjung kasih.. Nampaknya Tuanku mengerti apa isi hati rakyat..”

“Cara sultanku melontarkan suara hati pada pemimpin negaranya”

“Mendalam maksudnya ni. Ni seni berat namanya”

“Ada sirat dan tersirat dalam lukisan. Yang faham je tau” ucap mereka

via (IG) Selangor Royal Official

“Mendalam”

“Salah satu cara baik tegur dan nak perIi ahli-ahli Yang Berhormat.. M0nyet ada, ker4 ada, kat4k ada.. Macam-macam spesis”

“Biar lukisan berbicara”

“Lukisan yang sangat penuh makna” komen mereka

Memang penuh makna dan isi tersirat lukisan yang dibeli Sultan Selangor ini. Apa pandangan anda?

Sumber : muraimy

Leave a Reply

Your email address will not be published.