“Kebanyakannya Suami Orang” -Faradhiya Rela Kahwin Dengan Duda Berbanding Suami Orang

Uncategorized

Usianya sudah menginjak 38 tahun, sudah pasti pelakon dan penyanyi, Farahdhiya tidak terlepas dengan soal jodoh dan mendirikan rumah tangga.

Bukan tidak mahu berkahwin, bagaimanapun Farahdhiya berkata dia sering didekati lelaki berstatus suami orang dan awal-awal akan menolak.

“Macam mana saya hendak berkahwin kalau lelaki yang mendekati saya 90 peratus adalah suami orang. Saya bukan cakap besar, cuma saya memang tidak mahu dan akan tolak awal-awal.

“Itulah masalah utama kenapa saya masih belum berkahwin sehingga sekarang. 90 peratus yang datang dekat saya itulah orangnya (suami orang). Saya tidak mahu cakap besar. Cuma saya ada pilihan iaitu tidak mahu berkahwin dengan suami orang (jadi isteri kedua),” katanya.

Farahdhiya berkata dia pernah berkawan rapat dengan lelaki yang merupakan suami orang dan selama itu juga dia berjaya menolak lamaran mereka. Katanya lagi, dia lebih rela memilih untuk berkahwin dengan lelaki bergelar duda daripada suami orang.

“Saya masih straight (menyukai lelaki) okay. Saya cakap begitu sebab seseorang pernah tanya saya sama ada saya lesbian atau tidak sebab tidak kahwin-kahwin lagi. Saya mahu berkahwin, tapi bukan dengan suami orang. Saya lebih rela berkahwin dengan duda,” katanya.

Farahdhiya mengakui pernah bercinta dengan beberapa lelaki sebelum ini namun tidak berakhir ke arah perkahwinan.  Sementara itu, disebabkan dia masih belum berkahwin di usia 38 tahun, Farahdhiya mended4hkan dia pernah dianggap seorang lesbi4n.

“Saya pernah bercinta, cuma saya berahsia. Tidak perlu saya uar-uarkan perkara yang belum pasti. Walaupun saya berd4rah campuran Inggeris, saya tetap ada rasa malu. Saya pernah mengenali beberapa orang lelaki sebelum ini, namun tidak menjadi.

“Saya masih straight (menyukai lelaki) okay. Saya cakap begitu sebab seseorang pernah tanya saya sama ada saya lesbian atau tidak sebab tidak kahwin-kahwin lagi,” katanya.

Sumber : rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.