“Ohh Dia Berlakon Dgn Amy Search Kan, Bapak Isabella” – Kini Johan Abdullah Diberi Tempoh 3 Bulan Untuk Kosongkan Rumah

Uncategorized

” Laa yang berlakon dengan Amy Search, watak bapa Isabella tu kan??”

Itu antara respon segelintir warganet susulan berita tentang kesukaran hidup di alami oleh Johan Abdullah, pelakon yang biasa memegang watak lelaki Inggeris dalam filem dan drama tempatan.

Johan, 73, yang kini menderit4 pnyakit Parkins0n dan angin ahmar berkata, buntu memikirkan tempat tinggal selepas ini selepas diminta berpindah oleh pemilik rumah.

Menurutnya, rumah sewa yang diduduki bersama isteri, Sarepah Meriam Aboo, 49, dua anaknya, Abdullah Musa Johan, 11, dan Orchid Raihani Johan, 6, sejak 2008 di sini, akan dijual pemiliknya.

” Ke mana saya sekeluarga nak pergi?

” Kami sekeluarga cuba berbincang dengan pemilik rumah, namun kami diberi tempoh selama tiga bulan oleh tuan rumah untuk mencari rumah baharu dan mengosongkan rumah.

” Manalah kami nak tinggal selepas ini kerana kami tiada pendapatan tetap malah isteri ada terfikir buat sementara waktu ini nak buat rumah kongsi di tanah lot milik saya di Kampung Gadong tidak jauh dari sini.

” Bukan mudah mencari rumah baru yang perlu menyediakan duit bayaran muka atau ‘deposit’ kerana saya sudah lama tidak bekerja dan juga persekolahan kedua anak kami,” ujar pelakon watak ‘orang putih’ yang senonim dengannya.

Menurut isterinya, Sarepah, mereka sekeluarga mula hilang sumber pendapatan sejak suami jatuh sak1t pada awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dua tahun lalu.

” Kami sekeluarga sebelum ini meneruskan hidup dengan duit upah menulis dokumen kerajaan dan upah berlakon diterima suami.

” Tapi bila suami sak1t memang terputus langsung sumber pendapatan dan bila memikirkannya buat saya jadi sedih kerana saya sendiri turut menghdap pnyakit tulang belakang yang mana pergerakan agak terbatas.

” Lagipun kami ada dua anak masih bersekolah perlu ditanggung berusia 11 dan enam tahun,” katanya.

Oleh kerana itu menjadi hasrat Johan untuk berlakon semula supaya dapat menampung hidupnya sekeluarga.

Apabila mengenang keadaan Johan membuatkan Sarepah sayu lebih-lebih lagi dengan keadaan dirinya juga yang tidak lagi sekuat dulu sejak diuji pnyakit tiro1d dan ‘sIipped disc’ (cakera teranjak).

” Selagi Allah bagi saya kudrat untuk jaga suami, saya akan terus pikul tanggungjawab ini dan saya rela hadapi dugaan ini, biarlah kami susah senang bersama.

” Cuma yang saya risau kalau keadaan kesihatan saya yang tidak sekuat dahulu untuk menjaga abang Johan yang lebih memerlukan kerana kalau saya kuat tidak mengapa, tapi sekarang saya pun tak sihat,” katanya.

Sarepah berkata, mereka pernah menerima bantuan daripada Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Pertubuhan Kebajikan Asnaf Setia Kasih Negeri Sembilan (PERKASIH N9) dan Persatuan Artis yang diketuai DJ Dave.

” Terima kasih kepada mereka yang mengambil berat termasuk beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memahami keadaan kami sekeluarga.

” Saya harap abang Johan segera sembuh seperti sediakala dan dia dapat melepaskan rasa rindu kembali berlakon,” katanya.

Berlakon dalam filem Fenomena pada tahun 1990

Oleh kerana itu menjadi hasrat Johan untuk berlakon semula supaya dapat menampung hidupnya sekeluarga.

Johan yang pernah berlakon bersama Amy Search dalam filem Fenomena sebagai Mr. Howell, bapa kepada Isabella berkata, ada yang bertanya bagaimana dia mampu berbahasa Melayu baik walaupun masih pelat Inggeris.

Menurut Johan, beliau memulakan kerjaya lakonan secara tidak sengaja apabila mengunjungi rakan yang bertugas di Radio Television Malaysia (RTM), pada 1976.

” Saya sering berkunjung ke RTM kerana ramai kawan kerja di sana dan mereka menawarkan saya berlakon dan mewarnai seni lakon tanah air.

” Kemunculan saya dalam drama ketika itu ibarat pepatah Melayu, yang pipih datang melayang, yang bulat datang bergolek kerana sejak itu, satu persatu saya berlakon dalam drama dan filem,” katanya yang bekerja sebagai Jurutera Elektronik ketika itu.

Katanya, beliau memang suka berlakon dan banyak memegang watak sebagai pegawai Inggeris atau watak bapa keturunan Inggeris sesuai dengan perwatakan dan tutur bicaranya pelat Inggeris.

” Antara filem hangat saya pernah berlakon ialah filem ‘Fenomena’ (1999) bersama Ramona Rahman sebagai anak dan Amy Search yang popular dengan lagu ‘Isabella’.

” Saya juga pernah berlakon dalam filem perang ‘Leftenan Adnan’ arahan Aziz M Osman dengan kerjasama Kementerian Pertahanan yang menelan kos RM2.5 juta,” kata bapa kepada sembilan anak dan datuk kepada 22 cucu itu.

Johan datang ke negara ini pada 1974, menegaskan berkata beliau masih mengutamakan karier terlebih dahulu, namun apabila ada tawaran berlakon ia tidak mampu menolak.

” Lama-kelamaan bila ada tawaran saya perlu meneliti dahulu skrip sebelum menerima sesuatu watak bergantung kepada jalan ceritanya terlebih dahulu,” katanya.

Johan berkata, ada yang bertanya bagaimana dia mampu berbahasa Melayu baik walaupun masih pelat Inggeris.

” Semuanya bermula apabila saya berkahwin dengan arwh isteri, Hadijah Atan pada 1974 dan menetap di Sepang ketika itu dan dikurniakan sembilan cahaya mata.

” Isteri meninggI pada 2010 akibat pnyakit b4rah dan saya kemudian berkahwin lagi dengan isteri sekarang, Seripah Meriam Aboo, 47, dan dikurniakan dua anak” katanya.

Berasal dari New Zealand

Terdahulu, kisah tentang kesukaran hidup yang dialami oleh pelakon yang berasal dari Christchurch, New Zealand itu mendapat perhatian media pada Disember tahun lalu.

Menurut Johan ketika itu, dia sudah lama tidak menerima tawaran untuk berlakon dengan lakonan terakhirnya adalah menerusi filem 29 Februari yang ditayangkan pada 2012.

” Jika ditanya sama ada saya rindu dengan bidang lakonan, sudah tentu kerana ia sudah biasa dan menjadi ‘drah daging’ sejak bermula pada pertengahan 1970-an.

” Sekiranya ada tawaran lakonan, saya tentu tidak menolak namun bergantung kepada keadaan saya ketika ini.

” Jika ada tentu sedikit sebanyak membantu perbelanjaan kami sekeluarga,” katanya Disember lalu.

Tambah Johan lagi, walaupun sudah lama tidak tampil di layar perak mahu televisyen, ramai kenalan artis terutamanya pelakon-pelakon veteran masih menghubunginya dan bertanyakan khabar.

” Ada rakan-rakan artis dan kenalan lama seperti dari Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia dan Persatuan Seniman Malaysia yang datang menjenguk dan menghulurkan bantuan, saya sangat menghargainya,” katanya.

Sumber:bharian dan utusan

Sumber :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *