Dulu Tak Jadi Sebab Halangan Keluarga, Alia Bhatt & Ranbir Kapoor Kini Sah Suami Isteri

Uncategorized

Pasangan popular Bollywood, Alia Bhatt, 29, dan Ranbir Kapoor, 40, selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis tertutup yang diadakan di Mumbai, India pada Khamis.

Majlis pernikahan ‘power couple’ itu hanya dihadiri kenalan rapat serta keluarga kedua-dua belah pihak sahaja.

Kedua-dua mempelai kelihatan segak dan cantik menggayakan busana perkahwinan daripada pereka fesyen tersohor India, Sabyasachi.

 

Pernikahan yang diadakan di kediaman pasangan itu dihadiri ibu bapa Alia iaitu Mahesh Bhatt dan Soni Razdan yang merupakan pengarah dan pelakon terkenal di sana.

Bapa Ranbir, pelakon veteran Rishi Kapoor dan isterinya, Neetu Singh turut hadir memberi restu perkahwinan anak mereka.

Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran sepupu Ranbir, aktres popular Karisma dan Kareena Kapoor.

 

Alia menerusi laman Instagramnya berkata dia sudah tidak sabar untuk mencipta seberapa banyak memori bersama suami tercinta.

“Kami sudah tidak sabar untuk mencipta lebih banyak lagi memori bersama, memori yang penuh dengan kasih sayang, jenaka, gaduh manja dan sebagainya.

“Terima kasih untuk semua doa anda, ia menjadikan memori ini lebih indah dan istimewa,” tulis Alia.

Foto:  Instagram Alia Bhatt

Sumber : Mediahiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *