“Gembira Walaupun Tak Faham Tengok Bola” – Uqasha Kongsi Pengalaman Teman Suami Tengok Bola

Uncategorized

Pelakon dan usahawan, Uqasha Senrose memuatnaik satu perkongsian di Instagram nya yang menarik perhatian ramai peminat selebriti jelita ini di media sosialnya.

Akui Rasa Bahagia Walaupun Tak Faham Bola

Menerusi hantaran terkini Uqasha, isteri kepada pelakon kacak, Kamal Adli ini mendedahkan dia berasa sangat gembira melihat perlawanan bola sepak di stadium Barcelona bersama suaminya meskipun dia tidak tahu menahu tentang sukan tersebut.

“Pertama kali tengok bola dekat stadium, terus dapat tengok pula dekat Barcelona tambah-tambah tengok pula dengan suami @kamaladli . Masyaallah gembira dia tak tahu nak cakap WALAUPUN tak faham satu pun pasal bola. Hehehe..” tulis Uqasha

 

View this post on Instagram

 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

via (IG) Uqasha Senrose
via (IG) Uqasha Senrose

Perkongsian Uqasha mendapat banyak respon dari orang ramai dan rata-ratanya, ramai yang memberi komen berbaur gurauan terhadap apa yang ditulis selebriti tersebut dan ada juga yang memuji kecantikan Uqasha diruangan komen.

“Tak faham pasal bola tak apa.. Janji bahagia”

“Kita sama.. Pertama kali saya tengok bola dekat stadium, tengok dekat Old Trafford stadium.. Pun best sebab dapat tengok suami”

“Haha…. Janji gol…. Itu je faham” komen mereka

“Cantiknya”

“Tengok bola pun cantik”

“Mana-mana pun cantik” komen merek lagi

Sekadar info pasangan selebriti popular, Uqasha Senrose dan Kamal Adli telah mendirikan rumahtangga pada 5 November 2021 di mana majlis disambut bersama ahli keluarga dan kenalan rapat.

Sumber : muraimy

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *