‘Lagu Sump4han’ Penyanyi Dari Syria – Banyak Kes Pencer4ian Berlaku Hanya Kerana Sebuah Lagu Tular Ini

Uncategorized

Bagi yang biasa meluangkan masa di aplikasi TikTok, pasti pernah lalu di ‘for your page’ anda video-video yang berlatarkan bunyi sebuah lagu berjudul Mesaytara.

Menjadi satu norma baharu di dalam kehidupan masyarakat kini, apabila sesuatu perkara mula trend, ramai turut ingin mengikuti dan meniru trend tersebut tanpa berfikir sama ada ia bakal mendatangkan kebaikan atau sebaliknya.

Berlaku di luar negara yang mana beberapa kes pencer4ian terjadi hanya kerana memuat naik video pasangan dengan latar lagu Mesaytara.

Di Syria, seorang wanita dicer4ikan suaminya gara-gara merakam suami yang sedang mencuci pinggan untuk dimuat naik di aplikasi TikTok.

Media melaporkan, rakaman video itu menggunakan latar lagu Mesaytara yang mana apabila diselidik lirik lagu tersebut, ia memberi gambaran seolah-olah lelaki berada di bawah kawalan isteri.

Lagu Mesaytara telah dianggap sebagai lagu sumpahan kerana ini bukan kes pertama berlaku gara-gara sebuah lagu.

Di Ir4q dan Jordan juga berlaku kes pencer4ian yang hampir sama apabila si isteri merakam suami membantu melakukan kerja rumah untuk dimuat naik ke TikTok.

Januari lalu, sebuah majlis perkahwinan di Baghdad juga berakhir dengan pencer4ian ketika dalam majlis berlangsung apabila isteri memilih lagu Mesaytara untuk diperdengarkan khalayak.

Lagu Mesaytara Punca Penceraian

Lagu berbentuk prov0kasi ini merupakan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi Syri4, Lamis Khan.

Perkataan ‘mesaytara’ apabila diterjemahkan membawa maksud ‘Saya dominan’ yang mana liriknya memberitahu si isteri paling berkuasa dan mampu mengawal serta tundukkan suami.

Pastinya, si suami berasa m4lu dan terc4bar seolah-olah mereka pen4kut sehingga mengikut telunjuk isteri lebih-lebih lagi apabila dimuat naik di aplikasi yang menjadi tumpuan untuk berhibur.

Justeru, berhati-hatilah dengan penggunaan media sosial masing-masing agar tidak menimbulkan fitnah kepada diri sendiri dan orang lain.

Sumber : odisi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *