Pernah TerpaIit Kontroversi Dengan Kawan Baik, Ini Keadaan Terkini Mamat Sepah

Uncategorized

KUALA LUMPUR: Pelawak, Mamat Sepah, 33, enggan mengulangi kesilapan silam apabila sering terjerat dengan kontroversi tidak berkesudahan suatu ketika dulu.

Menurutnya, kontr0versi pembubaran kumpulan Sepah, kira-kira tujuh tahun lalu, selain cerita panas dikaitkan dengan beberapa wanita cukup mematangkan dirinya.

“Cukuplah, saya tidak sanggup berdepan kontroversi lagi. Saya sudah serik.

“Disebabkan kontroversi, saya menjadi orang yang sangat berhati-hati. Saya turut belajar menghormati orang lain dan menghargai masa bersama kawan baik.

“Saya bukan lagi Mamat Sepah yang dulu,” katanya ketika ditemui selepas sidang akhbar Karnival Spark Gathering & Jungle-Town di The Garage KL, di sini.

Karnival berkenaan dianjurkan Kelab Sinar Permotoran Amatur Kebangsaan iaitu Spark Malaysian Club dengan kerjasama Majlis Daerah Grik dan Persatuan Anak Gerik Di Perantauan. Acara itu akan diadakan selama dua hari bermula 29 Disember depan di Lapangan Terbang Gerik, Perak.

Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad, juga berkata dia tidak merajuk seperti yang didakwa apabila jarang muncul di kaca televisyen.

“Saya bukannya membawa diri. Saya tidak berlakon bukannya kerana tiada tawaran, tetapi kurang berminat terhadap bidang itu.

“Berlakon bukan dunia saya, sebaliknya jiwa saya lebih ke arah muzik. Saya hidup dengan muzik, tetapi suara pula tidak sedap,” katanya.

Mamat akui dirinya sudah lama tenggelam daripada populariti dunia seni, namun selesa dengan apa yang dimiliki hari ini.

Ada Syarikat Sendiri
“Saya bersyukur dengan kehidupan sekarang. Sebenarnya, sudah lama saya mengusahakan syarikat atur cara, Mamat Sepah Entertainment.

“Saya mengendalikan majlis dan acara makan malam syarikat. Saya mengendalikan pelbagai majlis sejak masih bersama kumpulan Sepah lagi. Itulah juga punca rezeki apabila saya tidak berlakon,” katanya.

Peminat mahu Mamat kembali bersama Sepah
“JIKA diikutkan sejarah Sepah adalah hasil ilham saya, begitu juga Sepahtu. Ketika susah kami bersama-sama tetapi apabila senang semuanya lain-lain.

“Saya tidak mahu memberi harapan untuk kembali dan biar masa menentukan,” kata bekas ahli kumpulan Sepah, Mohd Noor Murad, 34, atau Mamat Raja Lawak.

Mamat menjawab permintaan peminat yang mahukannya kembali menyertai Sepah selepas jenaka kumpulan itu tidak lagi menyinar berbanding ketika Juara Lawak musim ketiga pada 2009.

Mamat berkata, dalam pengetahuannya lawak Sepahtu tidak sama seperti dulu dan kemungkinan berkait penyertaan rakan selebriti, Rahim Mat Ali, 49, atau Rahim R2.

“Sewaktu Rahim mahu menyertai Sepahtu, berulang kali saya cakap dia mesti bagus daripada saya. Ini kerana Sepah memiliki harga diri yang cukup mahal.

“Memang ada peminat mahukan Sepah yang asal tetapi saya tak mahu beri harapan. Saya tidak menolak kemungkinan untuk kembali dan setakat ini tiada perancangan,” katanya dihubungi Harian Metro, hari ini.

Mamat mengakui dia pernah melakukan kesilapan pada 2012 menyebabkannya disingkirkan daripada kumpulan terbabit seperti lupa diri sebaik memiliki ratusan ribu ringgit ketika berusia 25 tahun sebelum dikaitkan dengan beberapa wanita.

“Ia menjadi pengajaran berguna untuk menjadi manusia yang lebih baik. Cuma kadang-kadang saya terfikir dulu kami susah bersama tetapi apabila senang semuanya membawa haluan,” katanya.

Menurutnya, hubungannya bersama rakan, Shuib dan seorang lagi anggota kumpulan itu setakat ini baik serta mereka pernah mencapai kejayaan yang membanggakan.

Sementara itu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 35, berkata dia berbesar hati sekiranya Mamat dapat menyertai semula kumpulan Sepah.

“Jika diikutkan hati, saya setuju jika Mamat dikembalikan. Saya boleh mencadangkan untuk dia dikembalikan tetapi terpulang pada pihak lain sama ada menerima atau tidak.

“Dakwaan mengatakan kumpulan Sepahtu tidak lagi kelakar berbanding Sepah adalah meleset. Sudah 10 tahun saya berada dalam industri ini dan jenaka sentiasa berubah mengikut peredaran zaman,” katanya.

Menurutnya, Sepah mahupun Sepahtu memiliki kelebihan masing-masing dengan tujuannya menghiburkan penonton.

“Jika kumpulan Sepah masih bertapak, adakah ia masih kekal relevan pada hari ini,” katanya.

Kata Shuib, rezeki tidak mengizinkan Mamat bersama Sepah sebelum kumpulan itu dijenamakan semula sebagai Sepahtu pada 2012.

“Kami sentiasa melihat ke depan dan dalam perancangan untuk menyatukan semula Sepah. Kami bertiga juga sudah membawa haluan masing-masing dan memiliki keluarga,” katanya memberitahu perjalanan karier mereka kini diatur pihak pengurusan dan stesen televisyen.

Sumber:kualalumpurviral

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *