“Kalau Tak Tunjuk Kereta Empat Lima, Emas Berkilo-Kilo…,” – Ifa Raziah Komen lsu ‘Tayang’ Barangan Kemas, Ada 5 Bodyguard Siap Jaga Keliling!

Uncategorized

“Saya ada lima orang pengawal peribadi (bodyguard) yang akan duduk keliling, jaga dan pantau.” Itu penjelasan selebriti versatil, Ifa Raziah selepas ditanya mengenai keberaniannya mengenakan barangan kemas bernilai ratusan ribu ringgit.

Menurut Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha,47, dia sedia maklum risiko keselamatan diri, namun akui bukan selalu memakai aksesori mewah itu sepanjang masa.

Katanya lagi, ia juga sebagai motivasi atas hasil usahanya dalam perniagaan, selain memenuhi mentaliti masyarakat bahawa seseorang usahawan itu perlu menunjukkan aset bagi membuktikan dirinya berjaya dan boleh dipercayai.

“Bukan hari-hari, saya pakai ketika hadiri majlis tertentu sahaja. Selain bergelar selebriti, saya juga ahli perniagaan dan pengasas produk.

“Marketing zaman sekarang ini, mereka nak tengok benda yang ‘ada’. Barulah orang ingat kau berjaya. Kalau tak tunjuk kereta empat lima buah atau ada emas berkilo-kilo contohnya, kau tidak berjaya.

“Itu pandangan orang, saya pun tidak faham. Mentaliti masyarakat kita begitu… tak boleh nak ubah. Habis tu macam mana saya nak buat? Saya punya cara tak tunjuk itu semua (wang ringgit) kecuali saya pakai barang kemas sajalah.

“Akan tetapi saya juga tunjuk terhadap apa yang saya buat melalui Star Vendor. Anda boleh datang tengok, ramai ke tidak pengunjung. Kalau tak ramai, maknanya saya belum berjaya. Begitu juga sebaliknya,” kata Ifa.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Ser Ser Ser ini ditemui pada sidang media StarVendors Mega Fest Raya 2022 di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur (WTCKL), pada Khamis.

Turut dilancarkan ialah lagu dan muzik video Mega Raya yang dipersembahkan Ifa bersama 20 selebriti tanah air.

Selepas dua tahun tidak dapat dilaksanakan ekoran penularan Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam negara, pastinya kemunculan semula StarVendors Mega Raya Fest 2022 memberikan nafas baharu buat usahawan tempatan.

Kali ini StarVendors Mega Raya Fest, Festival Gaya Raya telah dipersetujui dan disokong penuh oleh Kemeterian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan SME Corp Malaysia.

Ifa selaku Pengarah Urusan dan Pengasas StarVendors Event Sdn Bhd optimis terhadap penganjuran kali ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah)

“Tujuan utama StarVendors ini adalah untuk memberi platform kepada usahawan berniaga. Tidak kira bangsa apa sekalipun yang mahu berniaga bersama kita bulan Ramadan ini selepas tidak mampu berbuat demikian susulan pandemik Covid-19.

“Malah, kita berhasrat untuk buat rekod baru iaitu selama 75 jam jualan tanpa henti sekaligus akan tercatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR). Sebelum ini hanya 72 jam sahaja.

“Ia akan bermula 9 pagi pada 22 April dan akan tamat tepat jam 12 tengahari pada 25 April. Seramai 55 artis akan bergabung bersama para usahawan vendor lain,” katanya lagi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MISS DIVA IFA RAZIAH (@ifa_raziah)

Sumber : mediahiburan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *