Ditegur Suka Hati Mem’boddo’kan Orang Lain, Ustaz Popular Terima Teguran

Uncategorized

Setiap pendakwah atau penceramah agama mempunyai identiti serta stail mereka yang unik dan tersendiri.

Masing-masing mempunyai perwatakan yang berlainan yang lahir dari latar belakang pendidikan dan pengalaman hidup yang berbeza.

Kebiasaannya, seorang ustaz memang suka menceriakan suasana dengan melawak. Tetapi, ada juga yang didapati terlalu selamba menggunakan bahasa yang kurang sopan ketika berceramah.

Seperti yang dided4hkan oleh Asraff Jeffery melalui satu hantaran di Facebooknya, seorang ustaz popular ini selalu menggunakan perkataan ‘bdoh’ dalam dialek Terengganu ketika berceramah.

Beliau yang agak terslnggung telah membuat hantaran berikut sebagai teguran agar kita sama-sama dapat bermuhasabah dan memperbaiki diri di bulan Ramadan yang mulia ini.

Ustaz

Saya ada tengok video seorang Ustaz yang popular dengan ‘BODDO’ jawab soalan penonton tentang layakkah seorang Muslim mem-boddo-kan orang lain.

Ustaz itu memberi alasan sebab semua antara kita asalnya b0doh, bila diajar baru jadi cerdik.

Kemudian ditambah lagi supaya terus berterus-terang. Kalau tak nak guna kurang cerdik, boleh sebut b0doh. Dan tak perlu sebut Non-Muslim tetapi terus sebut kafir. Anda boleh cari sendiri video tersebut.

Saya terus teringat firman Allah dalam surah Taha ayat 43 dan 44;

“Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya ia telah mel4mpaui batas dalam kekvfurannya.

“Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau t4kut”.

Ayat ini diturunkan kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk pergi berdakwah kepada manusia yang mengaku dirinya Tuhan. Allah pesan supaya Nabi Allah berdua guna kata-kata yang lembut, bukan kata-kata yang k4sar.

Yang mana kita nak ikut?

Ramai pengikutnya mempertahankan amalan Ustaz tersebut katanya ‘BODDO’ dalam loghat Tganung bersifat manja. Saya pun belajar di Terengganu dulu.

Tapi manja tak manja perkataan itu, cuba ada kawan sembang dengan kita, dia sebut BODDO dekat mak ayah kita, manja lagi ke tak? Nak sebut dekat ibu bapa orang lain pun kita fikir tiga empat kali walaupun dengan niat bergurau.

Kenapa dalam banyak-banyak perkataan yang ada di atas muka bumi ini, perkataan itu juga yang digunakan?

Bila kita berdakwah, kita kena jaga hati semua pihak. Tidak boleh buat sesuatu yang membuatkan pendengar rasa tidak selesa. Bukan tiada perkataan lain yang lebih mesra untuk digunakan, banyak.

Ustaz tidak maksum, mereka tidak lari dari melakukan kesalahan. Yang masuk ke dalam Syurga Allah bukanlah orang yang alim. Yang mulia di sisi Allah, bukanlah Ustaz. Tetapi mereka yang bertaqwa. Dan adakah orang yang bertaqwa pada Allah akan membenarkan kata-kata kes4t?

Pesan saya, jangan sesekali t4ksub pada susuk tubuh seseorang atau apa-apa sahaja kecuali pada Allah. Benar, mungkin Ustaz itu hebat, dia banyak ilmu, tampak beriman tetapi selagimana dia adalah manusia, dia tidak akan lari dari kesalahan. Perkara yang baik kita ambil, yang buruk kita tegur. Ini perangai Mukmin.

Belajar untuk letak sempadan.

Selamat berpuasa.

Sumber : odisi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *