Netizen Tepuk Dahi Tengok Perarakan Bangun Sahur Lelaki & Perempuan, Dengan Pakaian MenjoIok Mata!

Uncategorized

Suasana bulan Ramadan di Samarinda, Kalimantan Timur, Indonesia, telah dicem4ri dengan rakaman video yang memaparkan aksi beberapa remaja lelaki dan perempuan menari seperti di kelab malam sambil diiringi muzik rancak ketika menyertai perarakan mengejvtkan orang untuk bersahur.

Setakat artikel ini ditulis, video pertama yang menunjukkan sekumpulan remaja yang menari di atas sebuah trak pikap berwarna hitam sudah meraih sebanyak 3.1 juta tontonan di platform Tiktok. Manakala video keduanya pula sudah meraih 27.7 ribu tontonan.

Tidak hanya menggunakan muzik rancak persis di kelab malam, sejumlah remaja perempuan yang turut serta dalam perarakan kejut sahur itu juga dilihat berpakaian menj0lok mata yang dianggap tidak sesuai dengan bulan Ramadan.

Video

@samarinda_etam

♬ suara asli – Samarinda Etam


Korang boleh tengok video kedua tu kat SINI.

Suasana Ramadan di Samarinda tercem4r akibat kelakuan sejumlah remaja

Meninjau di ruangan komen pula, ternyata aksi terbabit mendapat perhatian penduduk setempat yang rata-ratanya mengec4m tindakan remaja-remaja terbabit. Kebanyakannya menyifatkan perbuatan itu seperti tidak menghormati bulan mulia berkenaan.

“Saya orang Samarinda m4lu. Astaga, gak semuanya di Samarinda bangunin sahur begitu,” tulis netizen.

“Perarakan nak kejutkan orang bersahur ke atau nak berdisk0 sampai berjoget,” kata yang lain pula.

Video yang kini tular itu difahamkan telah sampai ke pengetahuan pihak berkuasa tempatan dan satu tindakan bakal diambil. Menurut Komisioner Polis Samarinda Creato Sonitehe Gulo, aksi remaja-remaja itu sangat mengusarkan penduduk setempat.

Tidak cukup dengan itu, remaja-remaja terbabit juga dikatakan telah melnggar Pasal 183 Undang-Undang Nombor 22 Tahun 2009 tentang Lalu Lintas Angkutan Jalan.

“Penggunaan mobil pikap tidak sesuai dengan kegunaan kerana mobil pikap adalah untuk mengangkut barang,” katanya.

Satu pasukan khas juga telah ditubuhkan bagi mengesan setiap individu yang dirakam dalam video viral berkenaan.

Sumber: Lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *