Di sebalik guru mengajar pakai alat bantuan pernafasan, pemuda ded4h dia ‘The best makcik ever’!

Uncategorized

JASA dan pengorbanan seorang guru mendidik dan mencurahkan ilmu tidak ternilai.

Demi pendidikan para pelajar, seorang guru komited menjalankan tugas biarpun keadaan kesihatannya tidak mengizinkan.

Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang pemuda berkongsi kisah tular guru wanita yang menggunakan alat bantuan pernafasan ketika mengajar di kelas.

Menurutnya, guru berkenaan sebenarnya merupakan ibu saudaranya yang berkhidmat di sebuah sekolah di Kota Tinggi, Johor.

“Ramai tak tahu yang viral satu Malaysia hari tu kes cikgu ni tetap mengajar walaupun dia boleh dikatakan kritikal.

“Dia adalah adik arwah ayah aku. Dia ada asm4 yang kr0nik tapi bertambah teruk sebab kena C0vid-19,” tulisnya menerusi siri bebenang di laman Twitter @rulduff.

cikgu mengajar pakai oksigen 3

Posting seorang pemuda di Twitter menjadi tular.

Pemuda itu memberitahu, ibu saudaranya yang mesra disapa Mak Andak itu merupakan seorang guru yang berdedikasi dalam kariernya sebagai pendidik.

Walaupun terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan, namun ia bukanlah satu halangan untuk guru berkenaan terus komited mengajar.

Jelas jejaka ini, ibu saudaranya itu lebih mengutamakan pelajaran anak didiknya berbanding keadaan kesihatannya yang semakin membimbangkan.

Dia bagaimanapun menjelaskan bahawa ibu saudaranya bukan mengajar demi mencari wang semata-mata, tetapi sebaliknya atas semangatnya dalam mendidik anak bangsa.

cikgu mengajar pakai oksigen 2

Perkongsian tangkap layar perbualan mengenai ibu saudara.

“Dia tetap mengajar walaupun kena pakai alat bantuan pernafasan sebab lebih risaukan anak murid (Tingkatan 6) yang ketinggalan dalam pelajaran.

“Semangat Mak Andak ni memang aku salute. Dari aku kecil sampai sekarang semua anak saudara memang dia yang ajar buat kelas tambahan secara percuma untuk anak saudara semua. Alhamdulillah semua jadi ‘manusia’. The best makcik ever.

“Dia ni kalau tak mengajar pun tak apa sebab dia bukan orang susah. Tapi memang semangat dia mengajar dan memang dari dulu aku UPSR (Ujian Penilaian Sekolah Rendah) sampai Muet (Ujian Bahasa Inggeris Universiti Malaysia) dialah cikgu tuisyen aku,” ujarnya lagi.

Dari aku kecil sampai sekarang semua anak saudara memang dia yang ajar buat kelas tambahan secara percuma untuk anak saudara semua.

ANAK SAUDARA

Susulan tular satu video yang tular mengenai ibu saudaranya memakai alat bantuan pernafasan, katanya, ia merupakan rakaman yang dibuat oleh salah seorang pelajar.

Rata-rata netizen sebak menonton video yang menyaksikan kegigihan seorang guru tanpa menjadikan tahap kesihatannya sebagai alasa dalam menjalankan tanggungjawab.

cikgu mengajar pakai oksigen 5

Pendedahan mengenai ibu saudara yang dipanggil Mak Andak.

Malah, ramai mendoakan kesejahteraan guru berkenaan agar terus kuat dan tabah mendidik para pelajarnya.

“Saya sebagai anak buah dan baru jumpa dia Sabtu hari tu. Alhamdulillah dia bertambah baik. Tapi memang memerlukan bantuan pernafasan sejak pulih dari Cov1d-19.

“Dia beritahu yang baru kena jangkitan tu. Terpaksa tidur dengan enam bantal (duduk bersandar) dan minggu lepas baru dapat tidur dengan dua bantal (baring).

“Jujur dia dah ambil v4ksin sepenuhnya. Jadi doakanlah kesembuhan Mak Andak saya ni,” katanya.

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *