“Gaji RM10 Ribu Konon..” -Abang Qu Ded4h Hanya Berlakon Jadi PA Vida, Masih Tak Ada Surat Tawaran Kerja Pun

Uncategorized

Februari lepas, DS Vida umum secara rasmi PA yang dikenali sebagai Abang Qu.

Katanya gaji sampai RM10 ribu!

Namun gempar pula jadinya bila Abang Qu kata sebenarnya dia hanya berlakon menjadi PA selama ini.

Menerusi live di IG, Qu kata dia kini sudah tidak lagi berkolobrasi dengan Vida.

Sehingga kini pun  tiada sebarang surat tawaran atau perjanjian kerja diberikan oleh Vida.

“Selepas selesai rakaman muzik video ‘Ku Ikhlaskan’, saya menunggu surat perjanjian kerja kerana ia sangat penting, tapi masih tidak ada.

“Tidaklah saya guna perkataan berhenti, sebab awalnya ditawar untuk kolaborasi, tapi kini kami tidak lagi jalankan apa-apa kolaborasi bersama,” katanya.

Menurut lagi, pada mulanya Vida telah menawarkan peluang untuk melakukan kolaborasi bersama sebagai rakan kerja, namun tidak disangka, akhirnya dia perlu bertugas sebagai PA sebenar walaupun ia hanya lakonan dan arahan semata-mata.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

Qu juga sempat memberi pesanan kepada orang ramai supaya lebih peka dengan sebarang tawaran pekerjaan.

Lah, macam tu pula! Kita Tunggu kenyataan dari Vida.

Sumber : CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *