Kalau dulu macam ‘pisang goreng panas’, tapi ini penampilan terkini Johan As’ari yang ramai tak tahu!

Uncategorized

LIMA tahun tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Johan As’ari berkata, dia tidak tahu mengapa namanya kerap ditolak sebuah stesen televisyen.

Sedih dengan perkara itu, Johan atau nama sebenarnya Johan Ariff As’ari, 35, sedar dirinya sudah tidak lagi diperlukan bagi menghiasi drama-drama tempatan di stesen TV berkenaan.

“Saya sedia maklum, stesen TV pun bertukar ganti orang dalamnya. Nama saya kerap ditolak setiap kali dicadangkan produksi. Saya dapat tahu pun daripada pengurus.

Johan 1

Johan tidak ambil hati nama ditolak stesen TV.

“Tapi saya tak pernah rasa sedlh, saya cuma anggap sudah tidak layak. Saya dah tak diperlukan lagi oleh stesen TV itu.

“Saya pun tak pernah ambil hati cuma saya sedar diri saya bukan siapa-siapa dah untuk stesen TV,” kata Johan kepada mStar.

Tapi saya tak pernah rasa sedlh, saya cuma kata siapa saya tak layak kut.

JOHAN AS’ARI

PELAKON

Johan ditemui ketika Majlis Amal Maghfirah yang diadakan di Bangi Avenue Convention Centre, Bangi Avenue, Kajang baru-baru ini.

Kali terakhir Johan muncul menerusi drama Jurnal Suraya bergandingan dengan aktres Nad Zainal pada November 2017.

Dalam pada itu, pelakon drama Juvana memberitahu dia tidak menyangka namanya ditolak memandangkan drama sebelum ini memberi impak yang besar.

Johan 2

Johan melayan anak-anak yatim di Majlis Amal Maghfirah.

“Lima tahun saya contribute di stesen TV tersebut… lima tahun macam pisang goreng panas, saya tinggalkan keluarga, banyak masa saya habis di stesen tersebut.

“Tetapi saya dapat banyak berita daripada stesen itu menolak saya buta-buta, bulat-bulat. Pada saya, masa saya dah tamat,” ujarnya.

Sumber : mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *