Layanan First Class Untuk Ibu, Nubhan Bawa Mak Jenny Pusing KL Naik Helikopter

Uncategorized

Kuala Lumpur: Penyanyi Nubhan membuat kejutan kepada ibunya, Badariah Omar, 77, dengan membawa menaiki helikopter mengelilingi pusat bandaraya selama sejam, di sini, semalam.

Nubhan, 36, atau nama sebenarnya Ahmad Nubhan Ahamad berkata, antara tujuan lain adalah membawa ibunya juga dikenali sebagai Mak Jenny berjalan-jalan.

“Saya saja nak bawa Mak Jenny naik helikopter dan bawa jalan sebab sudah lama tak bawa dia keluar. Lagi pula Mak Jenny pun baru sembuh dari jangkitan Cov1d-19.

“Jadi, saya lebih pada nak buat dia gembira. Selepas itu kami pergi buka puasa. Dalam masa sama, nak berikan satu pengalaman yang lain daripada lain. Saya juga bawa isteri bersama, dan dia pun terkejut kena naik helikopter juga,” katanya kepada Harian Metro.

Nubhan buat kejutan kepada ibunya menaiki helikopter. FOTO Ihsan Nubhan

Menurut Nubhan, kejutan itu adalah hadiah awal buat kejayaan perniagaan makanan ibunya, ‘ready to eat’ seperti sambal dan rendang.

“Mak Jenny kan ada perniagaan makanan ‘ready to eat’, jadi nak buat kejutan juga pada dia yang mana perniagaan baru sembilan bulan tapi jualan sangat bagus. Jadi sebelum kita buat kejutan lain, kita bawa naik helikopter dulu,” katanya.

Sumber: Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *