Kec0h Ada Yang Cakap Shakilla Khoriri Pujuk Nak Rujuk Kembali, Akhirnya Tuan Badan Tampil Perbetulkan Kenyataan

Uncategorized

Pelakon Shakilla Khoriri mengaku ada memujuk dan bercakap dengan bekas suaminya yang juga penyampai radio Suria FM, Fizi Ali untuk rujuk kembali.

Bagaimanapun, Shakilla berkata sehingga kini Fizi masih belum memberikan kata putus. Kata Shakilla lagi, mungkin bekas suamiya itu memerlukan masa untuk membuat keputusan.

“Kalau boleh saya nak hidup kembali dengan Fizi walaupun ia agak sukar mungkin di pihak Fizi. Bagi wanita, mungkin boleh mudah memaafkan dan ingin cuba memperbaiki hubungan menjadi lebih baik.

“Tapi saya tak tahu apa yang difikirkan dan perancangannya buat masa ini tapi saya dapat rasakan dia perlukan masa. Mungkin dia tidak mahu kalau kami kembali (merujuk) akan timbul masalah baru ataupun berdepan isu yang sama.

“Benda ini sangat sulit. Kalau Allah sudah tetapkan hubungan saya dan Fizi hanya sekadar kawan saja, saya reda. Tapi andai kata dua atau tiga tahun nanti Dia jodohkan semula dan sayang itu masih kuat… saya tidak akan menolak,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

Dalam pada itu, Shakilla terkilan apabila ada yang bertanyakan bilakah dia akan menamatkan zaman janda sedangkan hatinya masih lagi bersedih.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

“Bagi saya, pertanyaan ini sangat keterlaluan. Janganlah terlalu berterus terang sebab saya pun masih bersedih, cuma tidaklah nak cakap saya sedih 24 jam.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SHAKILLA KHORIRI (@shakillakhoriri)

“Ibaratnya hari ini saya menangis sepuas-puasnya, esok saya kena bangun dengan keadaan baru. Benda dah pun terjadi dan saya kena ‘move on’ dengan takdir yang Allah tentukan.

“Saya memang tiada perancangan, lebih-lebih fasal jodoh sebab saya ada anak perempuan. Kalau ada jodoh dengan orang lain, macam-macam benda saya kena fikir. Tapi saya tidak menolak perancangan Allah.

“Bagi saya, dalam tempoh dua hingga empat tahun ini saya tidak terfikir untuk berjumpa atau mengenali mana-mana lelaki selain Fizi. Saya nak fokus dengan kerja dan pastikan saya sihat,” katanya.

Terdahulu, Fizi dan Shakilla berkahwin pada Februari 2018 dan mempunyai seorang cahaya mata, Ameena Sofia kini berusia 3 tahun. Namun, mereka mengumumkan perceraian pada Disember tahun lalu.

Komen Netizen

Sumber: Rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.