“Berapa hari je mak nak raya..” -Achey men4ngis tepi jalan saat ibu meningg4l dunia

Uncategorized

PETALING JAYA – Seminggu menjelang Syawal, pelawak Achey reda menerima khabar duk4 apabila kehilangan ibunya, Ngaisah Hasaan, 74, yang meningg4l dunia sekitar pukul 12.46 tengah malam tadi.

Berita berkenaan dikongsikan sendiri Achey atau nama lengkapnya Mohd. Nasir Hamzah menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya.

“Ya Allah. Permudahkan perjalanan mak di sana. Kami reda ya Allah. Saya atas motosikal lagi, baru balik dari kerja. Mak baik. Mak pergi di bulan yang baik (Ramadan).

“Semoga mak jalani waktu yang terindah. Al-Fatihah,” tulisnya.

Menerusi hantaran itu juga, Achey turut berkongsi video berada di atas motosikal untuk pulang ke kampung halamannya yang terletak di Segamat, Johor untuk urusan pengebumian ibunya.

Dalam satu hantaran berbeza, Achey turut meminta bantuan memerlukan sebuah van jen4zah untuk membawa pulang jasad ibunya dari Johor Bahru ke Segamat.

Difahamkan, Ngaisah baru beberapa hari menjalani pembed4han di sebuah pusat perubatan di Johor Bahru dan dilaporkan berada dalam keadaan kurang baik.

Achey sebelum ini memaklumkan keadaan kesihatan ibunya berada dalam keadaan tidak menentu dan kerap keluar masuk hospital, sehingga memaksa dia berulang alik dari Kuala Lumpur ke Johor setiap minggu untuk menjaga arwah.

Pada Jun tahun lalu, Ngaisah pernah dimasukkan ke wad berpunca daripada masalah saluran pankreas yang juga dikatakan penyakit jarang dijumpai hingga menyebabkan berat badannya susut lebih 20 kilogram.

Sumber : KOSMO! ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published.