[VIDEO] Dah kaya pun berniaga air, sikap Syahmi Sazli dipuji – “YouTuber paling humble”

Uncategorized

Pengarah filem, pelakon dan YouTuber terkenal Syahmi Sazli dipuji merendah diri apabila menjalankan perniagaan air balang berhampiran pejabatnya di Jalan Sultan Omar terletak di Kota Bharu.

Ini kerana kejayaan dicipta pengarah berusia 27 tahun itu tidak perlu dipertikaikan lagi, tetapi masih memilih untuk berniaga sambil mengamalkan konsep bersedekah.

Seorang pengguna aplikasi TikTok, @milobenggg_ memuat naik satu video memaparkan suasana di gerai Syahmi yang turut dibantu oleh isterinya Anissa Faizul.

Video

@milobenggg_ #malaysianyoutuber #kelantanese ♬ suara asli – FANN_STORY

Menerusi laman Facebook baru-baru ini, Syahmi memaklumkan perniagaannya ‘laku keras’ dan mendapat sambutan ramai selepas ditularkan pengunjung yang singgah membeli air balang tersebut.

Meninjau ke ruangan komen di TikTok @milobenggg_, rata-rata senang hati melihat sikap ‘humble’ YouTuber berasal dari Kelantan itu selain mendoakan agar dia terus dimurahkan rezeki.

Video

@kisah_farhanaa

Air viral syahmi sazli 😋 sedap dooh !

♬ DARARI – ︎ ondu


Suka tengok, banyak bersedekah tanpa rakam 

Sumber: TikTok milobenggg_ , Facebook Syahmi Sazli

Leave a Reply

Your email address will not be published.