“Mak Wan Did4kwa Menlpu”- Akhirnya Pihak Syarikat Ded4hkan Kenapa Lap0r Mak Wan Kpda PoIis

Uncategorized

KETIKA terpalit isu diceraikan talak satu selepas tiga bulan berkahwin, kini timbul pula episod baharu terhadap pelakon Mak Wan Latah apabila tular laporan polis terhadapnya kerana l4nggar kontrak.

Menurut laporan tular itu, Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa’diah Mohd Daud, 61, didakwa telah melanggar perjanjian dan menipu sebuah syarikat pengeluar produk makanan iaitu Tishas Food Manufacturing sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM2,500.

Dia dikatakan telah bersetuju untuk terlibat dalam sebuah iklan syarikat tersebut namun tidak hadir ketika hari penggambaran atas alasan terkena jangkitan Covid-19.

Laporan bertarikh 8 April itu menyebut kedua-dua pihak telah menandatangi perjanjian kerja yang dibuat pada 30 Mac 2022 dan bayaran wang 50 peratus sebelum mula bekerja telah dibuat.

“Selepas perbincangan, pelakon tersebut telah bersetuju dengan semua syarat. Pada 30 Mac 2022 semasa di pejabat, pelakon itu telah menandatangi perjanjian kerja.

“Pada 29 Mac pihak syarikat telah membuat bayaran 50 peratus secara atas talian. Pada 1 April pihak syarikat telah membuat pembayaran kali kedua,” tulis laporan tersebut.

Bagaimanapun ketika hari penggambaran iaitu 2 April lalu, Mak Wan memaklumkan dia terkena j4ngkitan Covid-19 dan menghantar bukti ujian saliva.

Pihak Tishah kemudian meminta supaya Mak Wan memulangkan semula wang perjanjian kerja tersebut namun tidak menerima sebarang bayaran sehingga tarikh laporan dibuat.

“Sehingga sekarang pihak syarikat tidak menerima apa-apa bayaran dari pelakon itu.

“Pihak syarikat juga mendapat tahu dari bekas pembantu peribadi (PA) pelakon itu bahawa wang tersebut telah digunakan,” menurut laporan itu.

Dalam satu hantaran di laman Twitter atas nama Tuo Bunkle, pelakon tersebut dikatakan sengaja memberi alasan sedangkan dia sebenarnya terlibat dengan sebuah penggambaran lain.

“Dah tandatangan kontrak. Hari kejadian buat alasan kena Covid-19. Rupa-rupanya tengah shooting di negeri lain.

“Bila call block semua nombor,” seperti ditulis dalam laporan itu.

mStar cuba menghubungi Mak Wan menerui panggilan telefon dan aplikasi Whatsapp namun tidak berjawab.

Untuk rekod, Mak Wan berkahwin dengan Husain Dolah pada 22 Januari lalu di Pejabat Agama Islam Ipoh, Perak.

Husain telah melefazkan cerai pada 21 April dalam kamar Hakim Syarie, Sabarudin Bidin di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Pilah, Negeri Sembilan.

Sumber: mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published.