“Saya Peluk Pun Tiada N4fsu” – Nora Danish Respon lsu Foto PeIuk Beego Dan Aziz M Osman

Uncategorized

Baru-baru ini, pelakon Nora Danish berkongsikan berita gembira buat peminat sitkom drama Puteri, selepas 15 tahun drama popular itu bakal ditayangkan pada 1 Syawal nanti.

Bagaimanapun, Nora ditegur sebelum ini apabila rata-rata netizen kurang senang dengan aktres itu berpelukan bersama pelakon lelaki sitkom Puteri itu.

Memetik Kosmo, Nora berkata aksinya memeluk pelakon Beego dan pengarah Aziz M.Osman tidak perlu diperbesarkan kerana dia menganggap mereka seperti keluarga sendiri.

“Jika nak cakap tentang foto saya memeluk Beego dan Aziz, perkara tersebut tidak seharunya dijadikan isu kerana saya sudah menganggap mereka seperti abang dan bapa sendiri.

“Saya peluk pun tiada n4fsu, jika mereka melihat foto tersebut dengan pandangan lain, merekalah yang bernafsu sebenarnya,” katanya.

Dalam pada itu, Nora berkata dia enggan ambil peduli dengan kata-kata negatif netizen apatah lagi mereka tidak mengenalinya secara peribadi.

“Netizen tidak tahu hubungan kami macam mana. Itu mungkin cara saya menunjukkan kasih sayang terhadap mereka. Jadi, saya memang tidak kisah sangat dengan segala kec4man yang dilemparkan,” ujarnya.

Sumber : rotikaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *