[VIDEO] Pemuda Dapat ‘Result’ Cemerlang, Ibu Bapa Hadiahkan Kereta Mewah Jenama Mercedes

Uncategorized

Setiap keluarga mempunyai pendapatan yang berbeza antara satu sama lain. Ada ibu bapa yang mampu memberikan kemewahan kepada anak-anak dan ada juga ibu bapa yang mampu memberikan sesuatu yang mencukupi bagi anak-anak sebagai penghargaan.

Walaupun begitu, ada sesetengah pihak yang dilahirkan dalam keluarga yang bertuah dan mampu menghadiahkan sesuatu yang mahal sebagai penghargaan kepada anak.

Itulah perkongsian di TikTok yang dimuat naik oleh neeyamuhamad, di mana hadiah yang diperolehi oleh seorang pemuda berusia 22 tahun itu berjaya menarik perhatian warganet di media sosial tersebut.

Video

@neeyamuhamad Dapat result cantik dapat AMG . Good job along ❤️#fypシ #amg45 ♬ Bertahan Terluka – Fabio Asher


Menerusi video itu, remaja lelaki yang merupakan anak sulung itu berjaya memperolehi keputusan yang baik dalam pelajarannya telah dihadiahkan sebuah kereta mewah berjenama Mercedes AMG 45 oleh keluarganya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberi komen yang positif dan mengucapkan tahniah atas kejayaan remaja berikut dan ramai yang mengharapkan supaya remaja itu kekal cemerlang dalam pelajaran.

Sumber : beautifulnara

Leave a Reply

Your email address will not be published.