Walaupun bergelar isteri kepada kerabat diraja, Juliana Evans masih terus berlakon dan tiada layanan istimewa di set penggambaran

Uncategorized

PELAKON Che Puan Juliana Evans tetap meneruskan kerjaya sebagai pelakon, meskipun kini sudah bergelar isteri kepada kerabat diraja.

Kata Juliana, dia masih mahu berlakon dan ingin mencari sumber pendapatan hasil daripada usahanya sendiri.

“I’m still like make money, have my own money dan passion saya.

“Memang ada struggle untuk jadi seorang pelakon dan saya tahu.

“Saya masih nak berlakon dan tawaran tu masih ada non stop,” katanya kepada mStar.

Video

Untuk rekod, Juliana mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah al-Hajj pada 30 April 2017.

Tengku Shariffuddin Shah merupakan kerabat diraja Johor dan Selangor.

Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah.

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *