Netizen Tanya ‘Coachella Masa Ramadan’? Yuna Terus Balas Komen!!

Uncategorized

Gara-gara memuat naik foto menghadiri festival muzik di Indio California, penyanyi Yuna menjadi tumpuan warganet.

Hadir selama beberapa jam

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Yuna memberitahu dia hadir ke Coachella bagi membuat persembahan bersama DJ Tokimonsta.

Tidak pernah ‘kalah’ dalam berfesyen, pemilik nama Yunalis Mat Zara’ai memakai tshirt lengan panjang yang terpampang wajah sendiri serta aksesori yang dijual di Yuna Official Store.

Coachella semasa Ramadan?

Biarpun sudah dimaklumkan keberadaan di situ untuk tuntutan kerja, namun ada juga segelintir netizen yang mempersoalkan di ruangan tersebut.

Tidak melatah dengan komen itu, penyanyi lagu Forevermore membalas dengan berkata; jangan pandang rendah dekat orang melainkan kita tolong dia.

Rata-rata peminat yang lain turut bersetuju malah meminta penulis lirik ini untuk mengabaikan komen-komen negatif.

Hasil pemerhatian OhBulan!, biras kepada penyanyi Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari ini telah menghadkan komen di entri berkenaan.

Sumber: Instagram @yuna

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *