Semua Dah Terded4h Selepas 27 Tahun Berahsia, Akhirnya Buat Pertama Kali Halim Othman Nak Bawa Anak Balik Beraya Di Kampung

Uncategorized

Halim Othman berniat nak bawa anak perempuannya, Myra Natasya balik ke kampung di Terengganu selepas segala-galanya sudah terdedah.

Kata Halim, dia mahu memperkenalkan anak tunggalnya itu kepada rakan-rakan selepas 27 tahun simpan rahsia.

Foto: IG

“Saya punya niat nak bawa dia jalan-jalan selepas dah diumumkan dan jadi public (hubungan anak-beranak), saya nak bawa dia balik ke Terengganu. Ramai kawan-kawan saya yang nak jumpa dia.

“Tapi raya pertama saya akan hormati hak ibunya, biarkan dia beraya dengan ibunya dahulu di Kuala Lumpur, lepas itu mungkin bawa lari,”katanya kepada mStar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Myra Natasya (@myra.natasyaa)

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Halim Othman (@halimothmanho)

Tambah Halim, “Myra seperti hadiah misteri dan akan terbongkar pada waktu yang sesuai. Bagi saya semuanya dah tertulis.

“Masa saya sedang mengacarakan Roda Impian tahun 1996, Myra ketika itu baru umur setahun dan saya selalu terfikir nak bawa dia datang ke sini (studio 1), tak sangka akhirnya selepas 26 tahun dia jejakan kaki di sini.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Halim Othman (@halimothmanho)


Myra merupakan anak Halim dengan bekas isterinya yang lahir pada tahun 1995 selepas setahun mendirikan rumah tangga di Thailand.

Sumber : CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *