Usahawan Hafiz Mahamad Taja Bas Balik Kampung, “Terbaik. Calon2 Pengganti Ustaz Ebit Lew”

Uncategorized

Aidilfitri hampir menjelang dengan berbaki beberapa hari sahaja lagi. Kali ini rakyat Malaysia dapat pulang ke kampung halaman setelah dua tahun tidak beraya bersama keluarga. Namun dengan beberapa siri PKP, banjir dan sebagainya, ramai juga yang terkesan ekonomi mereka.

Biarpun begitu, salah seorang usahawan dikenali sebagai Hafiz Mahamad baru-baru ini memaklumkan akan taja bas balik kampung. Bukan satu tapi tiga hingga lima bas! Sesuatu yang cukup terpuji dilakukan oleh usahawan muda ini.

Berikut adalah perkongsian makluman usahawan Hafiz Mahamad taja bas balik kampung yang dimuat naik menerusi akaun TikTok miliknya baru-baru ini:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad)

Wow, dengan bantuan ini sedikit sebanyak dapat juga membantu orang ramai yang tidak berkemampuan untuk pulang berhari raya bersama keluarga tercinta. Perkongsian rakaman makluman ini telah meraih lebih 100 ribu tontonan dan 7,000 likes.

Rata-rata netizen memuji kelakuan Hafiz Mahamad yang tidak lokek membantu orang ramai ini. Berikut antara reaksi warganet yang ditinggalkan di ruangan komen perkongsian ini:

“Terbaik..Calon2 pengganti Ustaz Ebit Lew. Alhamdulillah…Ada je orang yang duit gaji habis, tak dapat balik raya duit tak ada”

Hafiz Mahamad Taja Bas 4

“Alhamdulillah..Terharunya bang Hafiz..Moga dilipat gandakan rezeki Ainaa Beauty”

Hafiz Mahamad Taja Bas 3

“Terima kasih abang sebab jadi orang yang baik di dunia ini”

Hafiz Mahamad Taja Bas 2

“Bestnya jadi orang kaya boleh buat baik banyak. Support bang”

Hafiz Mahamad Taja Bas 1

Sumber: HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.