“MenggigiI Bawa” – Aeril Zafrel Seb4k Wawa Zainal Hadiahkan Lamborghini

Uncategorized

Pelakon terkenal, Aeril Zafrel mengakui sebak menerima hadiah berupa sebuah Lamborghini Aventador daripada isterinya, Wawa Zainal.

“Saya memang tak tahu dia beli. Sebelum ini saya memang ada terfikir nak beli sendiri. Selalu juga tengok di Internet dan YouTube. Malah, pernah cakap pada Wawa nak beli kereta ini. Waktu itu dia tak bagi sebab masih banyak perkara dan komitmen lain perlu diselesaikan.

“Mungkin sudah saatnya dan dia pun beli. Saya pula jenis yang suka nak merasa, dua tiga tahun selepas itu tukar kereta lain pula. Sekurang-kurangnya dapat memenuhi impian,” katanya kepada Harian Metro.

Kredit foto: IG

Dia pada mulanya menyangkakan kejutan diberikan Wawa itu hanya untuk disewa, namun sebak menerpa jiwa apabila Wawa memberikan geran kereta tersebut kepadanya.

“Menggigil juga bawa. Sebab bukan macam kereta biasa. Sebelum ini tak pernah pandu uji pun. Apabila dapat pandu sendiri, rasa tak sangka,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

Difahamkan, edisi Lamborghini itu sudah tidak dikeluarkan lagi di pasaran.

Untunglah Aeril impian dipenuhi isteri!

Sumber : CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *