Status Agama Baby Shima Di Persoal Selepas Kongsi Video Lawat Perkvburan Bukan lslam

Uncategorized

Dalam pada orang ramai sedang bergembira menyambut Syawal hari ini, perkongsian Instagram penyanyi sensasi Baby Shima mencetuskan perdebatan netizen selepas dia berkongsi video melawat kvbur Krlstian.

Dalam video berkenaan, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli, 27, yang memakai baju kurung hitam sambil memegang payung menziarahi sebuah kvbur Krlstian dipercayai mendiang datuknya.

“Setelah dua tahun baru dapat pulang melawat atuk,” tulisnya sayu.

Bagaimanapun, ada netizen yang terkejut dengan perkongsian pelantun lagu Lalai itu sekali gus mempersoalkan agama sebenarnya.

Link Video Tekan Sini

“Akak bukannya Islam ke?” soal seorang netizen.

“Shima apa non muslim?” kata seorang lagi netizen.

Tampil menjernihkan kekeliruan, Shima menerusi hantaran dalam InstaStory memaklumkan bahawa dia mempunyai ramai saudara-mara beragama Kristian termasuk datuk dan neneknya.

Malah dia juga sudah merujuk kepada ustaz berkenaan aktiviti menziarahi kvbur berlainan agama.

“Saya ada ramai saudara-mara Kristian. Atuk dan nenek, ada Islam, ada Kristian. Jadi tolong hormat.

“Boleh saja ziarah kvbur bukan Islam. Saya dah tanya pada ustaz. Tapi ramainya yang acah-acah ustaz menjatuhkan hukum.

“Payah bila rasa ilmu tinggi sangat. Semua tak kena! Bila kesalahan sendiri buat-buat tak nampak,” katanya.

SUMBER:K0SM0 ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *