Kec0h Ruangan Komen IG Fadlan Hazim Selepas Tayang Badan Dan Tatu Palsu Di Betis

Uncategorized

Pelakon Fadlan Hazim antara selebriti tempatan yang meluangkan masa cuti sempena sambutan Aidilfitri tahun ini dengan berehat di pulau Bali, Indonesia.

Menerusi kemaskini foto di media sosialnya sejak beberapa hari lalu, Fadlan sempat berkunjung ke beberapa lokasi ikonik tumpuan pelancong antaranya di Uluwatu dan Pantai Kuta.

Malah, menerusi hantaran terbaharu di Instagramnya, Fadlan berkongsi beberapa keping fotonya yang tidak berbaju sambil bersantai di tepi pantai yang dipenuhi dengan kehadiran pelancong.

Namun, yang menjadi tumpuan netizen serta peminatnya adalah t4tu palsu pada bahagian betis kanannya yang dilekatkan ketika berada di sana.

Peminatnya risau, seandainya tatu itu disalahanggap oleh segelintir pihak dan mengundang fitn4h.

“Pakai tatu ker bang? Takut jatuh fitn4h ja.

“Maaf bang, kami ni sebagai peminat abang t4kut benda macam inilah, kami ni tengok dari gambar mana nak tahu tu tatu real ke, f4ke atau inai.

“Suka betul kumpul fitn4h. Baik cakap awal-awal t4tu tu sementara,” tulis beberapa pengguna.

Fadlan bagaimanapun tidak berdiam diri sebaliknya mengandaikan setiap peminatnya sudah bijak untuk menilai.

“Tak payah kot, korang semua cukup bijak dah. Ye doh. Ntah-ntah orang kahwin pun pakai t4tu kat tangan weh,” tulis Fadlan.

Bagaimanapun, ada antara peminatnya yang meminta agar warganet tidak terburu-buru meletakkan hukum dan menganggap hal (tatu sementara) itu secara terbuka.

“Tu benda biasa jelah. Just for fun. It’s okay. Memang orang pergi sana banyak je buat macam tu. Relax yer. Kita buat apa yang kita suka bila dapat off work macam ni,” demikian pujuk peminatnya.

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *