” Kenalkan putera kedua kami…,” – Eyra Hazali Ded4h Wajah, Nama Anak Kedua

Uncategorized

Sebelum ini, pelakon Eyra Hazali selamat melahirkan cahaya mata kedua kira-kira pukul 6.18 petang Jumaat di sebuah pusat perubatan di Johor, pada usia kandungan baru mencecah lapan bulan.

Kata Eyra atau atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali, 23, dia terpaksa melalui enam jam proses dimasukkan ubat indvce sebelum bayi lelaki tersebut dilahirkan.

Gembira menyambut kelahiran bayi kedua sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, Eyra turut bersyukur suaminya iaitu pemain bola kelab JDT, Haziq Nadzli dapat menemani ketika proses bersalin.

Haziq turut berkongsi berita gembira itu di Instagram Story sebelum ini dan mengucapkan syukur atas doa orang ramai terhadap kesejahteraan isterinya.

Terbaru menerusi laman instagram rasmi miliknya, Eyra memuat naik gambar bersama suami dan anak tercinta, serta mended4hkan nama anak keduanya itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali)

“Bismillahirrahmanirrahim MasyaAllah. Kenalkan putera kedua kami, Muhammad Endra Haqimie. Terima kasih atas ucapan dan doa,” tulis Eyra di ruangan kapsyen.

Untuk rekod, Eyra dan Haziq mendirikan rumah tangga mendirikan rumah tangga pada 1 November 2019 dan pasangan itu juga mempunyai seorang cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Hayder Qhalish yang kini berusia dua tahun.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga turut memuji nama yang diberikan oleh pelakon tersebut, dan ada  juga yang menyifatkan wajah bayi tersebut iras dengan abangnya.

Komen netizen:

  

Sumber: Instagram eyrahazali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *